#E-day : Bukan senang nak puas kan hati orang

Okay, mood pagi nih memang tak berapa. So, pardon for my harsh language in this entry.

*sigh*

Dah banyak kali termasuk hari semalam dengar benda-benda yang tak berapa nak enak perihal majlis pertunangan aku hari tuh.

Sebab nya asyik lah mendengar orang merungut,


"Hoi, kau bertunang tak jemput pon kan?"

"Kenapa kawan aku bertunang aku tak tahu?"

"Yelaa, nak bertunang pon sampaikan dari orang je..."

"Sombong lah tak jemput pon bertunang."


Seriously? Seriously?

Hmm.


Susah sebenarnya nak cakap. Sejujurnya, tak tahu la pula aku kalau majlis bertunang zaman sekarang orang jemput semua orang. Tapi, sebenarnya majlis bertunang memang untuk keluarga dan rakan rapat je setahu aku.

Majlis bertunang yang kecil-kecil itu memang diadakan di rumah Mak Ayah aku di Melaka. Kenapa kecil? Sebab hanya keluarga belah aku, keluarga belah tunang dan hanya beberapa kawan rapat sahaja. Serius, bukan nya ada orang lain.

Kenapa tak bagitau bertunang?

Sejak pertama kali majlis pertunangan nih nak diadakan, hanya kawan rapat dan keluarga je yang tahu. Takde sedikit pon dihebah-hebakan dalam Facebook. This is ONLY an engagement ceremony people ! Bukannya aku kahwin segala. Pernah tak terfikir belah aku pulak? What if kalau dah heboh semua nya nak bertunang, tapi MAJLIS PERTUNANGAN TUH TAK JADI??? SO SIAPA YANG NAK JAWAB??

Kenapa tak jemput? Kenapa nak jemput guna orang?

*sigh* okay lagi sekali. Takkan la nak buat majlis pertunangan nih nak jemput guna kad segala? Kena buat RSVP kat Facebook ke so that semua orang tahu? Pelik laa, serius sangat pelik. Lagi sekali, ini hanya majlis pertunangan. -__-"

And,
salah ke kalau dah duduk serumah ; dah jemput seorang rakan rapat di situ, jadi nya pesan la kepada orang tuh untuk jemput orang lain, I mean rakan serumahnya yang KENAL aku? Salah ke? Bukan kalau majlis kahwin pon kita jemput guna orang ke kalau dah dekat?

Kenapa kawan aku bertunang aku tak tahu?

Sejak dari awal aku cakap, majlis pertunangan nih hanya dihadiri oleh keluarga dan kawan rapat. So, please define 'kawan rapat' for me?

1. If you're talking to me, like what, errr sekali dalam masa dua tahun, should I consider you as bestfriend?

2. Have you contacted me whenever you want to go out? Instead, aku kena call dan ajak keluar SETIAP KALI nak keluar. Macam tuh ke? Have you done your part? Your own initiative?

3. Ahh, I forgot. Aku kan so called anak-orang-kaya. Aku boleh enjoy pakai duit Mak Ayah aku kalau keluar. Tapi kenapa kalau keluar pon orang belanja? Ohh, mungkin aku anak orang kaya yang kedekut.

4. Have you asked my problems instead of saying that I don't even care about your problem? Ohh lupa. Kau kan telefon aku setahun sekali.


Pelik la. Serius pelik.

Susah gila nak puaskan hati semua orang. As I said earlier, ini hanya lah majlis pertunangan. Kalau aku kahwin dan aku tak jemput kau, lepas tuh kau nak marah ; fine la lagi.

Tapiiii,
kalau aku bertunang tapi kau marah sampai delete aku dari Facebook friend lists dan kau marah orang yang tak dapat datang pon masa majlis aku, serius aku pelik.

Hmm, susah la. Tengok la lepas nih kalau majlis kahwin nak kena jumpa sorang-sorang face-to-face agaknya. Baru lah orang kata kita tak sombong kan?

Entah-entah dah takde orang nak datang wedding aku lepas naik entry nih.

-__-"

You Might Also Like

4 COMMENTS