Mode : Raya

Bila pergi kerja dengar lagu raya dalam radio, sengih sorang-sorang.

:)

Sekejap je umur dah masuk 24 tahun. Kalau dulu tiba masa nak raya je, kemain excited lagi. Awal puasa tuh dah terasa nak ajak Mak dan Ayah beli baju raya. Best je rasa nya.

Sekarang nih bila dah besar, sikit pon tak heran dengan raya. Dalam kepala otak nih raya adalah untuk anak-anak buah. Happy kan mereka dengan baju baru dan terutama sekali DUIT RAYA. Ye, sekarang dah mula nak fikir pasal duit raya. :)

Awal pagi tadi, Project Manager saya cakap,

"Siapa nak pergi bank cakap dengan account. Dieorang nak pergi bank hari nih."

Apa lagi, pantas lah nak telefon Mak sebab daripada hari tuh Mak cakap nak tukar duit raya. Lepas fikir-fikir nak tukar duit raya berapa, at last saya pergi kepada jumlah yang paling sedikit. *RAHSIA* Hehe.

Lepas tuh fikir bab kuih raya.

Memang jarang dalam keluarga saya nak buat kuih raya bagai. Selalunya memang beli je pon. Sepanjang hidup saya menyambut raya, adalah dalam 2,3 kali je kiteorang buat kuih raya. Bukan lah apa. Mak saya dahulu bekerja orangnya. Bila ada masa terluang hujung minggu nak kemas rumah segala. Anak-anak yang balik sibuk order nak makan apa je untuk berbuka. Jadinya, memang tiada masa untuk masa ke dapur untuk buat kuih-raya-berbalang-balang.

Tahun nih Kak Long bersalin pula. Sudahnya, saya pesan kat Mak jangan risau. Biar tahun nih saya yang beli kuih raya. :)

Heboh daripada semalam saya tanyakan kepada officemates kalau-kalau ada yang jual kuih raya. Akhir sekali dapat juga beli kuih raya bila Kak Nani katakan ada kawan nya yang buat kuih raya sedap. Alhamdulillah, lega sikit.

*senyum*

Biasa lah. Dah besar nih tanggung jawab banyak pula. Kalau asyik Mak dan Ayah je yang bekorban, kita bila pula kan?

InsyaAllah, selagi yang termampu.

You Might Also Like

1 COMMENTS