#Kerja

Bangun pagi nih, tengok jam :

ALAMAK! DAH PUKUL 8.10 PAGI!

Menggelupur bangun dari tempat tidur pergi toilet dan mandi semua. Ya Allah, letihnya pergi Jalan TAR semalam *again??*. Orang punya lah ramai macam semut! Sesak nya kemain lagi.





Sampai ofis pon tudung dah serabai macam perempuan anak 10. Semua terbarai. Baju pon senget-senget sana sini. Isk, kesian Boyfriend kalau kahwin dengan aku nanti. Entah macamana la nak pergi kerja nanti. -__-"

So, sebabkan hari nih hari Jumaat, semua orang protes taknak kerja. HEHE. Termasuk la Sara dan saya! :)



Meet my officemate ; Sara. :)


Kantoi sangat ke kat monitor tuh aku tengah bukak Facebook? T___T



Ohhhhh raya dah nak dekat! Puasa dah nak habis. Tskk. Sekejap nya sebulan kan?

Banyak sebenarnya tak buat lagi untuk Hari Raya nih. Semalam pegi ke Jalan TAR pon takde beli barang untuk diri sendiri. Bila dah kerja nih apa lah salahnya belikan untuk Mak kan? Ingat nak belikan untuk Ayah sekali. Tapi bila fikirkan balik kemungkinan baju melayu tuh ada potensi untuk dijadikan kain basuh kereta, hasrat tuh dibatalkan la. -_-"

Ada tak pon belikan diri sendiri shawl. HEHE. Entah berapa tah amek shawl semalam. Main amek je. Cakap dengan Boyfriend,


"Eh yang tuh cantikkan?"

"Alaa yang nih kaler dia takde lagi...."

"Eeeeee, best nya kain dia. Nak yang nih!"


Pening kepala Boyfriend. Sabar gila menongkah arus manusia tuh. Tuh yan hari nih bangun tidur terus macam menggila.



KONON RAJIN!!


Kalau balik kampung bawa kereta elok-elok okay? Ingat la orang tersayang. ^__^


You Might Also Like

1 COMMENTS