Ikhlas

When I did my Umrah few months back, I learnt a lot of things. Some things I knew about it earlier, and other things I just learnt when I was in Mekah back then.

*senyum*

Sesetengah perkara yang saya belajar adalah apabila Ayah menerangkan keikhlasan kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kebiasaanya di hadapan Masjidil Haram akan ada selalu burung merpati yang berkumpul. Diceritakan kepada saya bahawa merpati itu adalah daripada keturunan merpati kesayangan Saiditina Aisyah R.A. Diceritakan juga bahawa merpati tersebut hanya akan memakan makanan daripada rezeki yang dikerjakan secara ikhlas dan halal yang pastinya. Jadinya, sesiapa yang menghulurkan gandum/makanan/atau apa-apa sahaja yang daripada rezeki yang tidak ikhlas dan halal, makanya semua burung merpati tersebut tidak akan memakan makanan tersebut.

Kalau betul cerita ini, betul lah. Dan kalau salah cerita nih, saya minta maaf. :)

Jadi sepanjang perjalanan daripada masjid dan balik ke hotel Ayah menerangkan kepada saya sesetengah perkara.

"Kalau kau dah kerja nanti, buat kerja elok-elok. Jangan nak curi tulang. Kalau kena buat apa-apa buat je dengan rasa iklahs. Kita nak cari rezeki nih untuk jadikan darah daging kita."

"Jangan malas bila dah kerja. Kalau dalam office hour jangan balik rumah nak berehat. Semua yang kita buat Allah nampak. Kita nak lakukan sesuatu benda mohon keredhaan Allah S.W.T" ;

"Paling penting sekali jangan buat kerja haram. Susah macamana pon rezeki kat bumi Allah nih luas untuk cari rezeki yang halal" .


Sehabis baik saya cuba praktiskan apa Ayah pesan kepada saya. Walau secara jujurnya ada juga yang terbabas kan. Heee. :)

For example,

Saya dari site di Putrajaya. Nak balik ke Cheras semula dah pukul 4.30 petang macam alang kepalang je. Duduk ofis ada la dalam 15 minit lepas tuh punch out untuk balik rumah. So, dalam waktu senggang tuh ada je masa yang saya ambil untuk terus balik ke Bangi. Dah dekat da pon. :D

Macam hari nih. Balik dari meeting dengan Perbadanan Putrajaya (PJC) jam baru pukul 3 petang, so saya balik lah ke ofis. Dah sampai bawah ofis macam menarik je bazar yang depan Jusco Mahkota Cheras nih. Tak fikir panjang singgah sekejap nak beli lepat pisang. ^___^



Haa, tengok. Tak tipu tau. Memang buat kerja. :)


Comel tak payung baru beli tuh? Hehe. Orang lain pergi Jalan TAR beli baju bagai semua. Boyfriend dan saya ke Jalan TAR pergi beli payung. Macam takde kat Bangi tuh ha jual payung. Payung tuh looks retro kan? :P



Tengok muka-tembam-yang-TAKKAN-kurus tuh. Tsskk.


Tapi makan pon kira ibadah gak kan?

^___^

You Might Also Like

1 COMMENTS