Random things orang mula bekerja

1. Sudah tiga hari di office tapi kepala asek la mengantuk macam Nauzubillah! Mungkin jetlag akibat jobless season tak habis lagi.

2. Semalam pow bos beli safety boot. Lepas dah lambat dan terkial-kial nak pergi ke kereta bos, stokin yang Cici bagi pula tertinggal (landlady yang awesome! Haha). Akibatnya ; kaki kanan melecet dan bila kena air asyik la "Adoiii, adoiii".

3. Hari nih sampai office genap pukul 8.30 pagi. Sebab nya? Ye, breakfast dengan Cici dulu. Apa? Tak jelas? BREAKFAST tau which is benda yang jarang dilakukan oleh saya. T___T

4. Semalam masa dalam kereta ke site menaiki kereta bos yang best, punya lah banyak soalan. Hari nih sibuk tersengguk-sengguk. Akibatnya ; balik je dari site dalam pukul 6 petang tadi, saya pantas ke farmasi sebelah ofis untuk membeli vitamin. Kita tengok lah keberkesanannya okay?

5. Dah beberapa hari bekerja, malu lah bila takde duit dan minta kat Ayah. Tapiiii serius kena minta. Kalau tak minta kat Ayah, kat siapa lagi? T______T


dan yang paling penting.....
.
.
.
.
.
.
.
.

6. Hari first bekerja dan kepala benjol sebesar penumbuk.

Cerita nya begini. Bos panggil naik atas sebab nak explain pasal BQ-entah-apa-kejadah tuh. Sebabkan terkial-kial lagi, berjalan dengan pantas untuk ke bilik bos. Mind you, ofis saya sangat cantik decorationnya and semua adalah glass okay? Bila jalan pon dah pantas, MANA LAH NAK NAMPAK ADA CERMIN RUPA-RUPANYA DI HALLWAY TUHHH! Ambik kau! Pangggg, jatuh terduduk dan DIRECTOR PON KELUAR DARI BILIK SEBAB KEPALA BATU SAYA MENGHASILKAN BUNYI YANG SANGAT KUAT. Semua orang berlari menghampiri saya takut konon-konon nya concussion. Terasa nak duduk sambil tutup muka sebab FIRST DAY DAH BAWA MALU SELURUH OFIS!

Kalau nak satu ofis kenal kau siapa, langgar lah cermin macam saya.

Glamer mak nyahhh!

T____T

You Might Also Like

2 COMMENTS