Priceless

Dalam mana kita dalam proses untuk menjadi lebih dewasa, ada 2 benda yang kebiasaanya manusia akan lupa/tinggalkan sedikit ; friendship dan juga kebebasan. Even tak banyak, tapi sedikit sebanyak friendship dan kebebasan yang kita dah biasa ada akan terusik juga.

Manakan tidak.. Semakin kita dewasa, semakin banyak komitmen yang kita akan terlibat secara tak langsung dengan kita. Kalau dulu masa zaman belajar boleh bergembira sepenuh masa sekarang bila dah bekerja, masa rehat yang paling penting. Rehat otak, rehat badan ; semua terlibat. Sudah dengan komitmen kerja, terikat pula dengan komitmen dalam hubungan dengan pasangan kita. Kalau dah seminggu tak jumpa, kena lah luangkan masa dalam satu hari untuk berjumpa dan bertukar cerita.

Semua membabitkan komitmen. Belum termasuk dengan komitmen tetap dunia akhirat kita ; kepada Mak dan Ayah kita.

:)

Lewat malam semalam sehingga ke lewat petang hari ini, saya menghabiskan masa dengan girlfriends saya. Sejujurnya perasaan letih lepas mengira-non-stop-budget-untuk-bagi-company-untung sangat mengheretkan saya untuk tidur. Tapi lepas Rose dah pesan dengan saya untuk berjumpa (sebab lepas nih akan terperap dalam hospital dengan lebih lama) jadi saya rasa tak patut pula kalau tak jumpa. Alih-alih malam tuh kami pergi karaoke bersama. :)

Dalam pukul 1 lebih, Yot datang dari Melaka dengan Lea dan Ayuzie. Kononnya nak menyambut in advance birthday Lea dan nak buat suprise kepada Lea. Alih-alih kantoi pula selepas budak 2 orang tuh dah kantoi kan dalam kereta masa mereka on the way ke sini. So, Ayuzie plan nak ke Cameron Highland. Tapi, lepas dah set balik dengan semua orang, masing-masing ada komitmen lain jadinya tak dapat join kami. Sudahnya, sebabkan kesian mereka datang all the way from Melaka, and most importantly untuk celebrate birthday Lea, saya dan Yot gigihkan diri Google Maps jalan nak ke mana-mana air terjun yang dekat.

Pilihan kami ; Air Terjun Sg. Gabai.

Dengan Lea yang seorang gila kan mandi sungai, bila nampak je air terjun tuh terus muka dia nampak bersinar-sinar je. Lepak kat sana pon dalam lebih kurang 2 jam je sebab saya dan Yot masing-masing tak tahan dengan air terjun yang sejuk. Lea mandi dah macam first time pergi air terjun, tapi at least we can make something to cheer her up. :)

Sebabkan Cici tak boleh join, so she felt so guilty to Lea and last sekali masakkan untuk kiteorang bila dah sampai rumah. Haha. Kelakar gila muka Cici sebab rasa guilty. Nasib kari ayam buatan Cici yang sedap tuh berjaya mengubat hati kiteorang. Hehe.

;)

You see, bila dah besar macam nih (terutama bila dah terikat dengan pelbagai komitmen) kadang-kadang bila dapat masa hang out macam nih boleh dikatakan priceless. Mana tak nya, apa yang kita buat ; gelak bersama, makan bersama, kongsi masalah bersama ; benda nih semua buatkan kita boleh lupa keadaan sekeliling. It doesn't matter whether kau lepak kat Starbucks ke, kedai mamak ke hatta tepi jalan kat Putrajaya ke, tapi bila dapat masa-masa macam nih dengan kawan-kawan rasa macam meaningful sekejap. :)

Seriously.
Walaupun buat tak seberapa, tapi terasa best nya. :)

You Might Also Like

0 COMMENTS