Live : From office

First time tulis blog dari office. Terasa lain pula. T___T

Seperti biasa, officemates yang lain semua takde. Masing-masing busy make sure projek sendiri siap. Kalau projek siap, claim pun masuk. Kalau claim masuk, ada kemungkinan dapat gaji awal dan boleh beraya. Kalau tak.... hmmmph, jangan harap ye adik-adik? Memang takkan ada duit raya untuk korang. Hehe.

Hari ini dari pagi sampai sekarang busy. Kejap lagi entah balik pukul berapa sebab kena turun site nak buat inspection. T___T Kulit pun dah semakin hitam manis je nih. Kurang menawan orang cakap. :P

Baru perasan hari ini bahawa saya sebenarnya adalah seorang yang sangat clumsy. Bak kata Mak saya, "Kau tuh memang! Kerja semua 'terkocoh gayah'. Tah apa-apa".

Lewat pagi tadi, amoi admin tuh suruh pergi hantar tender kat Jalan Bangsar. Jalan tuh familiar sangat pon dengan saya. Entah kenapa still sesat lagi. Tak faham betul. Kerja semua nak cepat je, tapi entah apa yang saya buat pun tak tahu. Elok je daripada hantar tender, balik rumah kejap. Sedang elok je masa tuh, pukul 1 petang. Tertidur kejap kat rumah dan bangun je pukul 1.30 petang. Dah janji dengan orang yang nak conduct Coring Test untuk pavement di KLIA 2 akan jumpa di sana dalam pukul 2. Campur sesat barat semua, pukul 2.30 petang baru sampai. No good, no good. T____T

I think I have poor time management. Maybe saya masih sesuaikan diri dengan keadaan lagi. Baru 6 hari kerja kan. So, start esok saya nekad untuk lebih 'work smart' lagi. Even sekarang pon dah mula 'work smart'. Surat-surat yang nak hantar ke authorities semua saya buat copy sekarang. Kalau calculate apa-apa, semua double check.

Kalau nak keluar jumpa client, check juga dah bawa dokumen. Kalau nak pergi site, check bawa plan ke tidak. Dan yang paling penting sekali, kalau keluar ofis tak terlupa bawa handset. Kalau tak kena patah balik 10 km lagi jauhnyaaaa. -__-"


Seriously, I have to work smart. Tak nak jadi clumsy sangat.


p/s : Sangat jeles dengan orang yang dapat pergi stadium tengok bola. Serius saya nak ada di situ. Boyfriend, balik la cepat! *high picth*

You Might Also Like

0 COMMENTS