I miss......

Kalau dikira kan dengan sebetul-betulnya, sudah 1 bulan dan 15 hari selepas saya pulang dari Mekah. Tapiiiii, tak sehari pon saya dapat melupakan peristiwa apabila saya berada di sana.

Bukanlah hendak menunjuk-nunjuk (itu adalah alasan yang pertama sekali kenapa saya tak update cerita saya di sana) tapii....lepas berbual di Facebook dengan bestfriend saya, Acheng, perasaan rindu kan Mekah sangat la membuak-buak.

Well,
insyaAllah my dearest friend won't be able to celebrate Hari Raya with us disebabkan kemungkinan yang mereka sekeluarga akan mengerjakan Umrah bulan hadapan. Tapi...tuh la orang cakap. The moment she said that she will go there, my hearts automatically rasa sayu sangat. *dah la sejak kebelakangan nih memang emo. Eheh.*

I miss the peaceful feeling that I've never had in this world.
Entah kenapa bila berada kat sana, kita secara automatik tak fikirkan benda lain. Perasaan yang sangat tenang dan kadang-kadang terasa nak abaikan orang lain. Hanya ada perasaan di antara diri kita sendiri dengan Allah S.W.T. Sungguh, perasaan tuh tak boleh nak digambarkan.

I miss the hectic of Mekah City.
You see, hectic yang saya maksudkan nih bukanlah semua orang busy dengan benda lain, tapi semua orang busy untuk memenuhkan masa mereka dengan melakukan ibadah. Kadang-kadang datang perasaan sayu bila memikirkan yang dosa-dosa yang kita buat selama nih. Bila melihatkan keadaan sekeliling, terus terasa hiba bila kita fikirkan yang entah bila kita boleh datang lagi ke sana. Seboleh-boleh semua orang akan cuba untuk melakukan ibadah sehabis baik.

Serius kalau saya diberi peluang, saya nak datang ke sana lagi. Dan kalau korang ada duit lebih, kenapa tak pergi ke Mekah dahulu. Perasaan takut memang sentiasa ada. Tapi, seperti Rose katakan kepada saya beberapa hari yang lalu, Allah Maha Pengampun dan Maha mendengar semua doa hambanya.

Apa yang penting sekali adalah sebelum mengerjakan Umrah, bersihkan diri daripada semua dosa supaya insyaAllah mudah perjalanan ibadah kita di sana.

Dan doa supaya bila pulang dari sana, kita dihindarkan daripada perbuatan dan dosa yang lama. T___T

You Might Also Like

0 COMMENTS