#Ayah : Bersih

Lepas sembahyang Maghrib semua orang dah duduk depan TV. Semangat nak tengok orang-yang-join-perhimpunan-BERSIH-kena-tangkap meluap-luap.

Yes, aku against BERSIH so hard. Sebab apa? Sebab menyusahkan orang.

Ohh bukan BERSIH je, apa segala jenis tok nenek perhimpunan haram pon aku anti. Lantak pi.

Anyway,
bila tengok dalam TV semua orang semangat marah dengan BERSIH tuh, keluar lah seorang makcik peniaga di Jalan 222 nih. (Alaa, kalau korang tengok TV3 mesti korang nampak makcik nih gak).

Makcik nih biasalah kan anxious dapat masuk TV. So, even marah macamana pon dengan perhimpunan haram, senyum mesti ada tau!

Ayah, out of nowhere, tiba-tiba hangin,

"Ehh, dia nih senyum lak marah-marah. Kalau aku kena interview tuh, aku dah maki-maki dah mangkuk tuh semua. Hawau betul. Menyusahkan orang semua. Anak kawan aku kahwin pon aku tak boleh pergi" and the rest of makian.

Well, tak payah la nak elaborate makian tuh kan. Tapi 'penyapu', 'hawau' mahupun sebagainya termasuk lah.

Tipikal Melaka kan? Ehehe.

So, I said to Ayah,

"Huishhh, marah nya pakcik."

"Mesti lah aku marah. Aku tak gerak mana-mana pon hari nih sebab benda nih"

"Errr, tapi kita kat Melaka. Bukan main jauh dengan perhimpunan tuh"

"Aku nak tengok dalam TV. Kau apa tau?"


Boleh?

Fine. Sekarang aku pulak kena marah.

Double furious to BERSIH!

-__-"

You Might Also Like

0 COMMENTS