My beautiful Ant

Selama duduk rumah nih, saya mula perasan yang Mak saya memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang nak dibuatnya. Dah habis basuh baju pagi-pagi, Mak saya akan surf internet sebentar sebelum mula kan kerja lain. Baru je duduk beberapa minit, dah bergerak membuat kerja lain. Sampai kan pagi semalam saya memberi gelaran kepada Mak saya,

"Mak. Mak nih macam semut laa. Asek bergerak je. Cuba duduk kejap join Adik tengok TV ke".

Mak saya terus jawab, "Aah. Nak jadi malas macam kau. Eee tak reti laa Mak nak duduk je macam kau nih" (dannnn seterusnya. Hehe)

Lewat pagi ini, saya menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah saya. Bila dah jumpa semua orang, saya memang tak boleh lari daripada membuat bising, walaupun itu adalah satu majlis orangg. (Well, semua orang pon macam tuh tau!). Dah jumpa kawan-kawan sekolah semua, tengok masing-masing dah besar. :) Teringat masa zaman comot dan tudung tah hape-hape masa sekolah dulu. Macam kat dalam gambar bawah nih :



Okay, tudung merah Mak Ngah.


Kau tengok tudung aku dulu????
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cuba tengok kiteorang sekarang.......... :)




Anyway,
sampai je rumah Mak saya terus cakap,

"Adik, hantar resume kat (sini, sini, sini). Mak dah tick kan dalam Star tuh semua kerja"

Well people, my mom is the best manager ever okay! Semua benda Mak saya akan ingat kan untuk buat dan saya hanya menurut arahan. :)

Mula lah dibebelnya yang final year project report saya di buat hard cover dan senang dibawa ke interview nanti. Mula-mula saya abaikan je. Tapi bila dah attend interview hari tuh dan orang yang interview itu mahu melihatkan report final year project saya, mula lah terasa terngiang-ngiang je apa yang Mak pesan.

Entah apa yang saya akan lakukan tanpa Mak saya. BANYAK benda yang Mak saya uruskan pasal saya, mahupun adik beradik yang lain. We always said to her,

"Mak nih daripada office sampai lah sekarang asyik jadi secretary orang je kan?"



My beautiful Mommy! :)


And yes,
satu rumah sangat mati akal what will we do without her.

Ya Allah, panjang kan lah umur Mak dan Ayah ku!

*amin*

You Might Also Like

1 COMMENTS