Megasales

Bila dah beberapa hari duduk rumah senang lenang nih, dah rasa syok sangat dah. Bangun tidur, makan dan lepas tuh tengok TV. Bila saya cakap kat Ayah,

"Macam sedap je duduk menganggur nih kan Yah kan?"

Ayah terus jawab, "Apa ko cakap? Aku macam tak berapa dengar". ZZZZZ.

Tapi benda yang tak suka apabila buka purse la. Dah mula terasa rimas bila duit nak topup pun tiada. Hari tuh purse tertinggal di Shah Alam pun dah tak kisah sebab bukan ada duit pun dalam tuh. T__T

Awal pagi semalam saya gerak ke KL untuk satu interview. Katanya syarikat ni one of the well-known consultant tapi serius saya tak tahu pon pasal tuh. Betul la cakap Sal yang saya nih takde general knowledge. -__- Walau bagaimanapun, interview tuh agak okay dan doa je lah ada rezeki nanti walaupun employment nye bulan 8 nanti. Tssk.

Berusaha keras untuk interview akan datang nih! :)

Walaupun saya terasa tak menyesal pun berhenti di company tuh, tapi pagi semalam saya dah perasan satu benda yang buatkan saya macam "DAMN".

Saya toleh kepada Rose dan saya cakap,

"Kalau TAK BERHENTI kerja hari tuh MESTI BOLEH SHOPPING MASA MEGASALES NIH KAN?"




Kenapa aku tak perasan sekarang megasales??????? T__T

You Might Also Like

1 COMMENTS