Jatuh Chenta

Lepas berbuka malam tadi, Ayah ajak ke Bonia untuk betulkan tali jamnya. Jangan tak tahu. Tikus rumah saya sangat educated sampaikan jam tangan tuh dia boleh tarik ke satu rumah dan gigitnya. Jam tuh hilang dalam dua tahun lepas dan Mak baru jumpa semasa vacuum rumah hujung minggu lalu. Muka Ayah? Tersenyum girang walupun dah habis tali jam kena gigit dengan tikus. T___T

Jam tersebut adalah hadiah hari jadi Ayah daripada kami 4 beradik dalam beberapa tahun lepas. Masa jam tuh hilang, kiteorang dah syak dah tikus yang amek. As I said before, tikus rumah saya memang tangkas dalam bawa lari benda-benda macam nih. :)

Anyway,
lepas betulkan tali jam di Bonia, kami berjalan-jalan di dalam Jusco baru tuh. Sempat juga saya pow Ayah untuk beli Baskin Robbin kegemaran saya. ^___^

Dalam tengah jalan-jalan tuh, tiba-tiba Ayah hulurkan duit kepada saya. Amaun? Eh malu lah nak cakap. Haha. Saya terus tanya,

"Eh ape nih? Nak kena beli apa?"

"Amek je la. Kau kan menganggur."


Whoaaaa! Serius masa tuh perasaan macam nak "melompat sampai ke star" bak kata 'Adik' Yot. Hehe.

Bila pandang muka Ayah, jantung terus berdegup pantas.

Macam perasaan jatuh cinta pandang pertama weh!

*melting*

Serius jatuh chenta!

You Might Also Like

3 COMMENTS