Dilema

Bangun pagi nih Mak kejutkan saya. Katanya hendak bawa Ayah ke klinik. Lewat malam Sabtu yang lepas, Ayah accident motor. Habis kaki dan tangannya luka dan kulit terkoyak semua. Lepas dah ke klinik, doktor hanya beri ubat sapu je.

Sudahnya, lepas beberapa hari nih kaki dan tangan Ayah bengkak semena-menanya. T_T

Doktor kata kuman dah masuk ke tempat luka tuh. Ayah kena injection dan kemudian antibiotik yang kuat sedikit diberi untuk bunuh kuman-kuman durjana tuh. Sungguh, kesian Ayah. Haih.

Saya rasa nasib doktor bagi saya MC 4 hari dan saya ada di rumah nih. Boleh tolong mana-mana pasal kereta atau kerja lain. Kereta Ayah accident semasa kami hendak ke kenduri kahwin di Teluk Intan minggu lepas. Ayah juga yang jadi pemandunya. Jadinya, dengan kaki Ayah yang bengkak tuh susah nak bawak 'kereta kapal' nya. Sakit hendak tekan clutch dan gear semua. So, semalam saya bawa Mak dan Ayah ke bengkel untuk mengambil kereta semula.

Bila duduk rumah beberapa hari ini, terfikir lah rasa nak cari kerja di Melaka. Duduk di rumah menjaga Mak dan Ayah. Tapi sejujurnya ada berapa lah sangat peluang kerja di Melaka. Mak saya sendiri tak cadangkan kerja di Melaka.

*sigh*

Tempat kerja yang saya ada sekarang okay. Sangat okay. Mana nak cari company yang layan kita macam dah 3 bulan kenal. Baru masuk dah boleh berborak panjang dan takde diskrimansi. Faedah bekerja di situ pun banyak. Mana nak cari. Tapi, itulah dia. Apa yang saya buat macam tiada kaitan langsung. Dibuka buku database hari-hari untuk hendak fahamkan. Jumpa dengan software engineer untuk ajarkan saya. T_T

Saya malas nak jadi macam si luncai. Sana tak dapat, sini pun tak dapat. Apa yang boleh dibuat sekarang, saya cuba lagi sampai lah ada rezeki baru yang datang. Banyak benda yang nak kena fikirkan pun kalau hendak berhenti kerja tak semena-mena. Jadi, bertahan je lah dengan kerja apa yang saya ada sekarang.

Tapi, tuh la. Bila tengok Mak dan Ayah macam nih kadang-kadang terasa nak kerja dekat-dekat sini sahaja.

Terasa dah agak dewasa sekarang nih. -__-"

You Might Also Like

0 COMMENTS