Tempat-tempat suka lepak

Masa tengah lepak potong invitation card kat faculty malam nih, terus terfikir and terlintas kat kepala otak, "Sejak bila lah aku suka lepak nih kat fac nih...".

Sejak dari zaman sekolah sampai lah ke sekarang, tempat belajar macam adalah satu tempat yang sangat LAME dan BORING gile. Yeah right, saya adalah seorang yang sangat malas belajar. Serius.

Masa kat sekolah dulu, asal ada malas je nak masuk kelas, mesti dalam kepala otak dah terfikir, "Escape class...escape class...". Kebetulan pula kelas Biologi masa tuh sangat bosan dan mengantuk. Selalu rasa Cikgu kat depan tuh menyanyi je. So, asal je Biologi confirm balik asrama.

Tempat yang jadi mangsa untuk saya lepak : BILIK SAKIT.

Damn. Bilik sakit kat sekolah saya adalah tempat yang paling selesa sekali. Yelah, ada katil sendiri, kipas lagi, ada toiler bagai. Memang macam bilik kat rumah. Cadar pon wangi je sebab konon-konon AJK Bilik Sakit Asrama suka bersihkan every week. Yelah, nama pon bilik sakit kan. Berapa orang je nak duduk dalam tuh? Hehe.

Tak pun tempat yang boleh jadikan lokasi untuk escape kelas : BILIK BAND.

Best dohh. Bilik band ada aircond. So, nak bergolek gelantang kat belakang tuh pon takde hal. Konon-konon ramai je nak praktis untuk Wind Orchestra bagai. Alih-alih sume tidur je. Sebab tuh la agaknya saya nih kategori lembap sikit kat sekolah dulu. Nombor dalam kelas tak pernaj bawah 100. Mesti nak 100 ke atas je. T______T

Kalau rasa lapar sikit je, lepak DEWAN MAKAN. Tapi apa ke gile nak lepak dewan makan selalu kan? Kot dewan makan tuh bau macam kat hotel je takpe juga. Nih bau sampah yang kat belakang tuh, yang entah bila Si Ketam nak buang pon taktau. Tapi agaknya sebab dah lapar sangat, bau tuh pon dah jadi macam bau kek Secret Recipe.

But,
saya sangat bersyukur saya dihantar ke UiTM Jengka. You see, JENGKA. Bukan lah ada apa-apa pon. KFC pon tahun 2008 baru nak buat. Nak shopping, nak tengok wayang, nak chill kat mana-mana memang takde lah. Sebab that kind of things? Memang takde kat Jengka. So, tempat nak escape kelas yang paling best of course lah balik ke hostel kan. :)

With that kind of facilities lah yang saya boleh jadi orang sikit kat Jengka. But, when it comes to Shah Alam, semua jadi tah hape-hape je.

Escape kelas? Dude, you have all these places you can go; Sunway Pyramid, snooker, bowling, movies at Bukit Raja ; SEMUA. Night activities? Lagi lah banyak. You just name it. Semua kau boleh dapat bila datang Shah Alam.

:)

I hope bila dah kerja, saya takde buat perangai nak escape time kerja lak. :P

You Might Also Like

2 COMMENTS