20 days to go

I wasn't expecting this. Never.

But, it will happen in 20 days from now. InsyaAllah. :)

Bila Mak bagitahu yang semua orang akan tunaikan Umrah, saya jawab,

"Ohh ye ke? Bila Mak nak pergi?"

Saya tak pernah expect yang Mak dan Ayah akan bawa saya sekali. Yela, before this Ayah pernah cakap yang kalau Ayah nak pergi Umrah pon belum tentu Ayah nak bawa saya sebab Ayah belum merasakan saya belum bersedia.

Well you know. Some people might be saying, "Alaa, chill laa. Umrah je pun". But, unlike my father who take all of this seriously. Kami bukan nya orang senang yang mampu pergi buat Umrah bila-bila waktu. Bila ada kemampuan untuk tunaikan ibadat macam nih, Ayah akan marah kalau saya pergi dan balik ke sini balik dengan keadaan yang sama tanpa ada sedikit pun perubahan.

Honestly, I understand what he's trying to say and explain to me.

I was so goddamn reluctant to go there at first. Seboleh-bolehnya saya akan mencari alasan taknak pergi. Macam-macam yang saya fikirkan dan buatkan saya taknak ke sana. Diri sendiri... Dosa apetah lagi...

Tapi,
Entah kenapa, Mak yang dulu taknak bawa saya sama, sekarang jadi sangat berminat untuk bawa saya pergi sekali.

And,
sekarang saya faham kenapa.

Dulu, bila semua orang dalam keadaan yang sangat excited untuk pergi, termasuk Kakak, saya lebih banyak diamkan diri daripada membincangkan topik ke Mekah. Yelah, orang yang mula-mula kena paksa. Saya banyak fikir kan benda-benda yang entah apa-apa,

- macamana bila kat sana nanti? Kat sini dah la banyak dosa.

- macamana bila balik dari sana nanti? What if kalau tak berubah?

- bila dah kat sana kena ujian macamana?

Dan bila saya lebih banyak berfikir, tiba-tiba perasaan SANGAT TAKUT datang. All of sudden.

Bila semua orang semangat nak cari barang ke Mekah, saya tak terasa nak beli apa-apa pun. Dengan perasaan yang sekarang nih terasa macam jadi tanggungan Mak dan Ayah sangat, mood nak beli barang ke sana pon tak berapa ada. Entahkan lagi bila fikirkan yang perasaan bercampur baur ; takut , sedih , serabut kalau-kalau kedatangan saya tak diterima.

Datang Mak bagitahu saya suatu benda,

"Tak semua orang boleh ke sana. Kadang-kadang orang yang ada duit pun belum tentu ada perasaan nak ke sana. Banyak pergi overseas daripada fikir nak ke Mekah. Orang kata pergi sana sebab Allah dah panggil kita. Maknanya Allah dah menjemput kita nak melawat rumah Allah"

"...buat solat taubat banyak-banyak kat sini. Bersihkan diri kita daripada kat sini lagi. Allah kan Maha Besar. InsyaAllah, kalau kita ikhlas, Allah ampunkan dosa-dosa kita. Nak buat beribadat pun senang je nanti kat sana"

Betul. Kadang-kadang saya fikirkan dengan apa yang saya buat dalam keadaan yang lepas, entah boleh ke tidak untuk pijak ke bumi Mekah. :( tapi, saya pegang dengan apa yang Mak dan Induk selalu pesan dengan saya.

And ever since that, I have a weird feeling, which sometimes it makes me feel so sad and anxious about the whole thing,
yang mana hati saya betul-betul dah tak sabar nak ke sana. Nak cuba hambakan diri kepada-Nya dalam waktu yang ada.



Today is 1st May and I have another 20 days before I go there.

And seriously,
i can't wait for each second of that moment.

:')

You Might Also Like

5 COMMENTS