#Queen : demam

Plan mula-mula macam nih :

- Mak dan Ayah bawak Queen balik Melaka
- saya balik Shah Alam sambung buat IDP
- hari Jumaat teman Mak pergi Putrajaya

TAPI,
since Queen demam dan Ayah macam kepenatan nak drive balik Melaka, saya terpaksa ikut. Sampai Melaka dalam pukul 11 lebih. Tidur kan Queen, main internet, lepas tuh terus tidur.

Lepas solat Subuh Mak kejutkan saya semula. Dalam pukul 8 lebih. Mak ada kelas mengaji, so saya kena look after Queen yang tengah tidur. Kiteorang pon sama-sama tidur sampai lah Queen mengigau dalam pukul 10.30 pagi. Bangun-bangun tidur je terus tanya,

"Mane Atok Mummy?"

Dengan muka mamai, lemah je jawab soalan dia, "Atok work lah".

Tak lama lepas tuh dia tarik tangan saya, "Mane Awe Mummy?"

Sambil tutup muka dengan bantal, jawab soalan dia, "Awe work".

Pelik betul macamane budak kecik boleh terus segar bangun dari tidur. Mengigau lak tuh. T__T


Queen tarik tangan saya. Ajak turun bawah. Check pampers dia pon macam dah penuh. Lepas bersihkan diri dia semua, ajak dia pergi tengok ayam kat dalam reban belakang rumah. Kemain happy lagi main dengan 'Cuckoo' dia.

Pergi melawat Yot dengan Kak Lea kat station. Badan Queen still panas lagi. Suruh tinggal rumah, menangis-nangis nak naik 'Car Atok'. Terpaksa lah bawak. Lepak dengan Yot pon sekejap je sebab kesiankan Queen. On the way balik rumah, Queen dah mengantok. Dia cakap,

"Mummy, akit. Akit mummy" Sakit katanya.

Saya pon pelik dan tanya apa yang sakit. Dia jawab dengan muka selamba, "Keale Awin akit". By mean, kepala Awin sakit.

The whole day asek layan dia membebel je. Non-stop!



Kesian sungguh tengok dia. Tapi dalam kesian tuh berlari ke sana ke sini jugak, "Keja mummy, keja!" atau pun, "Cepat Mummy lari!" tak pun, "Lambat nye mummy!".

Nampak sangat Mummy nih dah berat sangat nak lari. T_____T

You Might Also Like

1 COMMENTS