Mak

Kalau rasa tak sedap hati mesti telefon Mak.
Lepas cakap dalam 4,5 minit, baru lah rasa tenang sikit.

Kalau nak period, orang yang aku selalu bergado mesti dengan Mak.
Tapi lepas sejam mesti dah rasa tak tenteram.
Mula lah terkebil-kebil telefon Mak minta maaf.

Kalau dah nak masuk exam, Mak orang first yang aku cari.
Lepas dah cakap phone barulah boleh sengih-sengih jawab exam.

Kalau agak ada masa senggang je, Mak lah orang aku cari.
Borak-borak, gosip lebih kurang baru lah puas hati.

Entah laa.
Walaupun memang rapat dengan Ayah secara keseluruhannya,
kebanyakkan masa mesti dengan Mak.
Ini Mak, itu Mak.

Hendak kalau phone rumah, Ayah angkat terus cakap,

"Hello! Ayah, Mak mane?"

Tak tanya apa-apa pon pasal Ayah, Maaaaakkk jugak yang aku cari.

Dalam sehari tak cakap phone dengan Mak, mesti rasa macam tak lengkap.
Rasa macam ada yang tak kena je.
MESTI telefon Mak.

Nak keluar jalan-jalan cakap dengan Mak.
Lepak dengan kawan-kawan sampai tengah malam pon cakap dengan Mak.
Salah faham dengan kawan cakap dengan Mak.
Nak cari kerja pun Mak yang siapkan semua nya.
Semua Mak.

Syukur nya ada Mak.
Best sangat.
Selalu treat kiteorang macam kawan baik sendiri.
Walaupun kadang-kadang kena bebel, nangis gaduh dengan Mak, melawan dengan Mak.....

aku still tak dapat bayangkan kalau suatu hari Mak takde kat sekeliling aku macamane.




HAPPY BIRTHDAY MAK! I love you so much!!



:))

You Might Also Like

0 COMMENTS