Cita-cita

Bila fikir-fikir balik hari nih, macam tak sangka je dah nak dekat final dan nak habis belajar, insyaAllah. :) Terasa macam WOOWWW! Hehe.

Tiba-tiba terfikir bila masa zaman kanak-kanak. Jadi engineer adalah benda yang paling saya tak terfikir sekali. Macam takde pon cita-cita nih dalam list saya dulu.

:)

Mesti korang ingat kan masa darjah satu ade satu buku yang rekod korang punya ketinggian semua. Lepas tuh siap ada cikgu tulis kelakuan dengan cita-cita korang? Yeahh, benda tuh akan dinilai setiap tahun. Nanti cikgu akan panggil dan konon-konon interview korang.

Masa darjah satu standard laa kan. Pekerjaan yang kita fikir semua berkaitan dengan keadaan sekeliling. Masa tuh nampak menjadi guru adalah benda yang akan kita buat satu hari nanti. Kita mesti nak jadi macam cikgu kat depan kita. So, 3 cita-cita pilihan saya masa tuh adalah,

1. Guru 2. Setiausaha 3. Polis

Ohh yeahh. Saya pernah bercita-cita menjadi polis. Korang tak payah nak teruja sangat lah tengok cita-cita tuh. Masa zaman kanak-kanak tengok polis pon macam cool je kan? Wah! Best nya jadi polis nih. So, saya pon nak lah menjadi polis. (Keadaan sebelum tahu yang untuk menjadi polis kau kena pandai berkawad jugak. Ada test bagai. T____T)

Semakin hari semakin bertukar-tukar lah cita-cita. Sampai ke darjah 3, entah ke mana kewarasan saya pergi, saya bercita-cita untuk menjadi seorang PRAMUGARI. Hehe. Mesti sebab saya rasa 'Kalau Amy Mastura yang pendek boleh jadi, kenapa aku tak boleh?'. Masa tuh jugak la saya terlupa yang syarikat penerbangan di Malaysia memandang perihal tubuh badan. T___T

(Tapi hari tuh naik Dutch nye airlines, gemok-gemok je stewardess dia. T____T)

Banyak sebenarnya cita-cita yang saya pilih, menghampakan saya. Tsssk.

Tapi, bila dah masuk sekolah Sains, faktor rakan-rakan pengaruhi saya untuk memilih cita-cita. Biasalah. Masuk SBP, budak-budak pon semua skema je. Nak-nak yang kat kelas Alpha. Semua tak reti bersosial. Hidup mati nak jadi doktor je. (Tuh lah jadi kat Rose sekarang. HAHAHA) So, cita-cita saya pon berubah lah untuk menjadi doktor.


Wanna be a hot doctor? HE IS A HOT DOCTOR! :))


Agak tetap lah pendirian saya masa tuh untuk jadi doktor. Agak 5 tahun jugak la saya kekal dengan pendirian hidup saya untuk menjadi doktor. Masa tuh tak pandang kiri kanan. Rasa macam dah tahu sangat dah hala tuju hidup nak ke mana. Sampai lah bila saya masuk Matrik......

Bila masuk Matrik, kau tengok semua orang yang nak jadi doktor tuh pandai tahap MasyaAllah! Baru lah kau tahu yang doktor bukan pekerjaan yang sesuai dengan sanubari. Susah weh. Masa kat Matrik stress gila hidup dengan budak-budak hayat yang 24-jam melukis gambar jantung. Masa tuh kawan-kawan kata UiTM ada intake untuk bulan 12, terus apply.

And...........Alhamdulillah dapat. :)

Haaa, masuk je UiTM barulah saya jumpa apa yang saya mahukan! Yes, this is it! Duduk dengan all those machines and perasaan bila memegang calculator the whole time adalah sangat thrill! Cuma kadang-kadang terfikir kenapa amek major Structural nih? HEHE. :)


This is an awesome lady. She is an engineer, she's a wife and yet to be a mummy! Kak Una, macam you! :D


Anyway,
I love with what I did. I love my friends in here. And I must say that this is the best decision I've ever made so far. Allah knows what's the best for me.

Biasalah kan.

Kalau takde cita-cita masa zaman kanak-kanak dulu, masa kan kita nak berada di tempat sekarang. Cita-cita tuh penting weh.

But, sebelum terlupa. This is the............


HOT TEACHER!!! :D

As I always said to Kak Lea, Acheng and Yot,

"EYES ON THE PRIZE!"

:)

You Might Also Like

3 COMMENTS