Anything can happen

Dalam mata dah macam nak tertutup buat IDP, tiba-tiba Din call,

"Twin, kenal tak Q tuh?"

"Haa yelah. Kenal kat Facebook macam tuh je la. Kenapa?"

"Dia meninggal sejam yang lepas. Kena asthma"

Terus terdiam.

*senyap*

Arwah sebaya dengan saya kalau tak silap. Kalau tua pon, mungkin umur arwah lebih setahun je daripada saya. Saya pon tak berapa pasti.

Sejak kebelakangan nih, saya selalu alami abnormalities dengan jantung saya. Kadang-kadang jantung saya beats faster than usual. Mula-mula saya biarkan je sebab macam tak kerap. Tapi, makin hari makin kerap benda nih jadi. Lebih teruk lagi bila dalam kelas IDP semalam, lepas cakap telefon dengan Lea, jantung saya berdegup kencang sampai sesak nafas.

Pelik kan?

Lepas solat Zohor kat surau fakulti, terus amek beg dan gerak pergi Medec. Nak cakap dengan orang pon macam tak ada mood bila jantung dah beats faster macam tuh.

Entah laa.
Bila dengar Q meninggal sejam yang lepas, terasa macam-macam yang saya fikirkan sekarang.

Dalam umur 24 tahun, macam-macam dosa yang saya dah lakukan. Macam kadang-kadang malu nak mengadap dengan Allah. Sampaikan satu tahap rasa macam tak layak je untuk diri saya diampunkan. Memang bila fikirkan balik, sumpah rasa menyesal.

Tapi, kita manusia biasa. Godaan syaitan macamtuh memang susah nak tapis.
Saya adalah golongan yang susah nak tapi segala macam dugaan tuh.
:(

Kalau lah dalam masa sejam dua Allah tarik nyawa saya, saya rasa semacam tak sedia lagi dengan macam-macam yang saya lakukan sebelum nih. Dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik sejak akhir-akhir nih, terasa macam tak mustahil saya berada di tempat Q.

Maut boleh datang mengundang kita bila-bila masa je.
Sumpah, yang tuh yang saya takutkan.

Hmmm.

Semoga Allah tempatkan Q di tempat orang yang beriman dan yang beramal soleh.

Al-fatihah.

You Might Also Like

0 COMMENTS