#Ayah : Merong Mahawangsa

Semalam balik je dari Keramat, saya terus tidur. Lewat jam 6 petang terjaga sebab tiba-tiba Mak masuk bilik dan cakap,


"Malam nih kiteorang nak tengok wayang. Nak ikut?"

Daripada keadaan mamai, terus terjaga bila Mak cakap nak tengok wayang.

"Haa, nak tengok wayang?? Ayah tinggal sorang-sorang kat rumah??"

And she replied, "Ayah lah yang ajak tengok wayang nih. Ayah nak tengok cerita Merong Mahawangsa tuhhh"

Terkejut okayyy! Seumur hidup saya yang dah 24 tahun nih, tak pernah sekali pun saya tengok wayang dengan Mak dan Ayah saya. They preferred to stay at home rather than joining us to watch any kind of movie at the cinema. So, last evening kira macam satu benda pelik. :)

Dalam pukul 8.30 pm, saya dan kakak gerak ke Sunway Pyramid. Beratur untuk beli tiket tuh punya lah panjang. Betul-betul menggugat saya punya kesabaran. *untuk orang tak bersabar memang macam nih kot.

Tiket wayang pukul 12.30 pagi. So, lepas makan dan lepak di area Taipan, kiteorang bergerak la ke Sunway Pyramid.


Okay, masa nih baru je sampai ke Sunway Pyramid. Muka riang Mak. Ehehe. ;)


Ayah, Mak dan Big Mama. ;)

"Sebelum tengok wayang, Pakcik kena tidur kejap ye nak?"


Masuk je ke kawasan cinema, Mak dan Ayah dah jadi kagum. Mak bersuara,

"Ehh Ayah. U ingat tak dah dekat 20 tahun kita tak tengok wayang."

Ayah tergelak je. Ayah tanya kepada saya,

"Apa yang tulis 1-5 dengan 6-11 nih?"

Tergelak kecil bila Ayah tanya macam tuh. Saya jawab, "Ohh, kat sini banyak panggung Ayah. So, kat sini arah ke panggung 1 sampai 5. Belah sana arah 6 sampai 11."

"Ehh, kita nak pergi mana nih? Ohhh, Ayah dah tau. Banyak panggung rupanya kan? Zaman Ayah dulu satu je panggung."

"Mungkin sebab kita dah zaman 2011. Hehe."

Sepanjang tengok wayang, Ayah makan pop corn dan tak tidur langsung. Semangat tengok cerita Merong Mahawangsa tuh. Dengan olah ayat cerita tuh, memang sesuai lah dengan Ayah yang memang gemar kan benda-benda sastera dan sejarah. :)

Habis je daripada menonton wayang, Ayah, Mak dan Big Mama tak habis-habis memuji cerita tuh. Kagum lah, apa lah. Well, bagi saya, untuk cerita yang modalkan 8 juta, cerita nih betul-betul boleh impress kan saya yang orang Malaysia pon boleh buat this kind of movie. But still, I am not voting for Magika yang sangat boring. For Merong Mahawangsa, I was satisfied. ;)

Kelakar pon ada bila tengok wayang dengan Ayah dan Mak. But perasaan yang sebenar lebih kepada thrill sebab first time masuk panggung dengan Ayah dan Mak.

All in all,
Kudos to KRU Productions!

;)

You Might Also Like

1 COMMENTS