#zaman kanak-kanak

Tengah baring-baring kat lantai bilik, saya terpandang dinding papan sebelah saya. Ada nombor 1-9, simbol * dan #. Sebiji susunan macam telefon. Tiba-tiba tergelak sendiri.

;)

Masa zaman kanak-kanak, Mak kerja dan Ayah sambung belajar di UPM Serdang. Dalam masa saya 9 tahun, arwah nenek saya meninggal dunia. Kebanyakkan masa zaman kanak-kanak saya adalah menghabiskan masa dengan bermain seorang diri ataupun jadikan Kakak sebagai mangsa di dalam rumah kampung yang besar nih.

Masa kecil, liquid paper selalu dijauhkan daripada saya sebabkan saya suka sangat menconteng dinding. Yes, I'm the typical kid who always messed up with the wooden wall. :) Kalau saya tengah baring-baring dalam bilik saya akan tulis apa-apa. Contohnya macam keypad phone yang ada kat dinding rumah saya.

Konon nya masa kecil, saya suka bekerja dalam ofis. Korang jangan bagitau saya yang korang tak pernah curi-curi pakai heels dan baju kurung/baju kerja Mak korang eh? Tak pun korang curi-curi main make up. Duhhh~sangat tak comel kalau tak lalui semua tuh. ^___^

Okay, back to the story. Saya lukiskan keypad phone di dinding dan pura-pura cakap seorang diri yang ada orang nak jumpa saya. Konon-konon,

"Cik Farah, ada orang nak jumpa cik"

And I was arrogantly replied, "Ok. MASUK"

(Sangat terpengaruh dengan aksi Faizal Hussein dan Fauziah Ahmad Daud dalam TV. Hehe)

Permainan 'ofis-ofis' nih akan berlanjutan sampaikan Kakak masuk bilik nak ambil something. Bila Kakak masuk bilik je, saya terus buat-buat macam takde pape sambil baca komik Kawan. Haaa, pernah tak baca komik nih? :)

Bila masuk nya umur saya 11 tahun, saya dapat sebuah basikal sebagai hadiah birthday saya. Perangai conteng dinding sudah berjaya dilupuskan. Dinding dah mula tenang tanpa sebarang vandalisme. Sejak dari situ saya mula berjinak-jinak dengan main basikal lepas tangan dan jatuhkan diri dalam timbunan pasir. Dan sejak dari itu, cita-cita saya dah berubah,

dari seorang BOS kepada seorang pelumba basikal. T____T

Tapiiii kalau nak kira kan cita-cita saya, semuanya berubah-ubah.

Paling tak boleh tahan sebagai penari balet. Boleh? T___T

You Might Also Like

3 COMMENTS