thing is not the same anymore

Dalam tak sedar sebenarnya kita sangat dekat dengan kematian. Thiissss close. (Imagine jaritengah buat macam tuh. :D)

Yelaahh. Semakin hari manusia semakin besar. Meningkat usia dewasa dan semakin berubah daripada childish/keanak-anakan sehinggalah menjadi seorang yang sangat matang ataupun MATURED.

Kalau dari kecil kita asyik bermain je, tanpa menghirau masa dan seringkali dipukul oleh Mak dan Ayah sebab dah nak Maghrib baru balik, cuba bayangkan hidup kita yang sekarang. Kekangan masa sentiasa mencuri tumpuan dan masa seringkali meminta perhatian untuk dibelai. Manja kan masa nih? :)

Kalau dahulu kita banyak menghabiskan masa seorang diri, diikuti pula dengan ditemani rakan-rakan dan akhir sekali hidup berdua dalam alam perkahwinan, arah hidup kita dah totally different. Sangat, sangat berbeza. Katakan dahulu hidup banyak dihabiskan dengan kawan-kawan, sekarang dah tidak pula. Masing-masing mula kenal dengan perkataan komitmen.

*sengih*

Alam belajar sangat berbeza dengan alam pekerjaan. Yeahhh, i know. Trust me. That's a good thing why all universities make the internship as a compulsary subject before habis belajar. Kau dah mula kenal macamana alam pekerjaan. Nanti bila dah betul-betul masuk dalam industry takde lah kau tercangak-cangak.

Sebab tuh bila kau dah bekerja dan bekerja, orang tak heran bila kau dikatakan sangat busy untuk apa yang kau usahakan. Tapi kalau dikatakan ada masa yang terluang, tak salah untuk kau luang kan masa dengan apa yang kau dah tertinggal. Saya mungkin cakap senang sebabkan saya masih belajar dan mungkin juga suatu hari nanti saya akan menjadi seorang yang workaholic? Tapi saya sering berdoa agar saya tak tertinggal setiap masa yang berharga yang ada dalam setiap orang yang saya sayangi.

Mungkin kau tak sedar yang mereka sedang merindui masa untuk bersama dengan kau?

:)

You Might Also Like

1 COMMENTS