Nyanyuk sebelum waktunya

Saya ada masalah dalam mengingati. Entah kenapa tapi memang susah sangat saya nak ingat sesuatu benda. Kadang-kadang terasa macam selalu nak menangis sebab selalu je lupa. Huhu. T__T

Contoh yang selalu berlaku :

1. Hari tuh saya kehilangan jam Swatch yang saya memang sayang gila. Damn, jam tuh memang best kot. Saya cari satu rumah jam tu. Dari bawah sampai lah ke atas. Masuk sampai bilik Induk, angkat comforter semua kot-kot jam tuh ada bawah comforter. Unfortunately dah takde. Saya suruh Ayah saya cari dalam kereta pon takde.

Then, saya balik ke Shah Alam. Tak kemas pon barang-barang sampai lah 2 hari. Hidup dah memang kucar-kacir takde jam (sebab saya sangat bergantung dengan jam). Last sekali ajak Cuda pergi Sunway Pyramid untuk beli jam. Dah beli Swatch yang harga agak mahal, terus balik rumah dan kemas barang-barang.

Masa buka bag yang saya selalu pakai ke mana-mana, there you go. JAM YANG LAMA ADA KAT DALAM TUH! T______T



2. Okay contoh untuk hari nih pulak.

Saya agak busy dengan FYP sekarang. Lepas tuh macam dah keep on complaining tangan dah jadi kasar gila sebab tak pakai glove. Masa waktu lunch saya singgah sekejap beli glove. Dah lepas guna glove saya letak entah ke mana tah. Sampai lah bila masuk lab Heavy Structure baru teringat glove saya entah ke mana.

Saya cari sampai ke seluruh lab tapi takde pon glove. Sudahnya saya balik je rumah. Buka je Facebook ternampak Afiq komen kat status saya.

Rupanya dia ada ternampak glove ituuuu. Sumpah tak ingat mana saya letak. T____T



3. Carpark ticket.

Okay ini adalah lagi satu masalah. Selalu kalau ambil carpark ticket saya selalu je misplaced. Sampai kan saya kena keluarkan semua barang dalam beg semata-mata nak cari tiket. Benda ini boleh happen even lepas parking pon. Lepas 5 minit cari parking, and then nak geledah mana ticket yang ambil sebelum tuh pon boleh terlupa.

Ohh susah lah kalau ticket yang tak tebal nih. :(

4. Kalau belajar, susah sangat nak ingat apa yang lecturer baru cakap 6 minit yang lepas. Sebab tuh saya akan jadi rajin untuk menulis sebab selalu je tak ingat. Teruk betul saya punya kekuatan memori ini more even untuk study. Urghhh.


Adakah ini sebab saya banyak termakan semut? Adakah? Adakah?
Susah lah macam nih.

T___T

You Might Also Like

6 COMMENTS