Midnight writing

Tengok jam sekarang rasa macam tengah study week.

4.02 am - duhhh, why can't I sleep right now? Seawal 8.30 pm dah tido dah. Tapi tengah-tengah malam tadi bangun sebab sakit perut. Ye, sakit perut yang entah kenapa pedih sangat. Bila fikir-fikir balik baru teringat daripada pagi sampai lah ke pukul 2am tadi tak makan sebutir nasi ataupun sesuap roti. T___T

So, Mak dengan susah payah pergi panaskan nasi untuk saya makan sebabkan perut dah sakit gila. Sungguh, tak niat pon nak susahkan Mak. Kesian katanya dengan anak yang tak terurus. Huh, menyesal melawan cakap Mak dalam beberapa hari nih.

Nak tulis blog pun mood dah jadi swing-swing. Tak seronok dah.

Jiwa dah tak tenang dalam seminggu dua nih. Entah kenapa pon tak tahu. Macam tak tentu arah pon ada jugak. Tak tahu nak apa sebenarnya dalam hidup nih. Macam cari something tapi tak jumpa. Tuh yang jadinya asyik bergaduh dengan semua orang - including Mak. Hari-hari menangis sebab meninggi suara dengan Mak, tapi the same situation keep on happening dalam minggu nih. Terasa macam dah lama tak pegang Quran. Sungguh jiwa semakin tak tenang. Nak tidur pon tak boleh, nak makan pon rasa macam tak selesa.

Macam Cuda selalu cakap, "Kat atas kepala ada satu batu yang beeeeesar sangat. Atas batu tuh tulis GUILTY".

Ye, itu yang saya rasa sekarang. Tambah word : DOSA.

Petang tadi masuk lab pon buat kerja sikit-sikit. Terasa kadang-kadang macam tak membantu pon group members, Allim & Aizat, buat kerja. Tapi macamana nak angkat formwork yang macam haram je beratnya? Macamana nak angkat barang-barang dalam prestressed bed yang berat-berat belaka? Last sekali tolong lubangkan formwork untuk masukkan tendon, tengok kan angle bila tangan Aizat dan Allim nak lubangkan plywood tuh. Buang-buang kayu serpihan, sapu-sapu workplace daripada habuk semua, angkat tendon. Ohh, such a loser punya kerja. Kenapa lah saya tak ada kekuatan luar biasa? T___T

Rasa tak menyesal balik rumah. This is the best place for me to hibernate myself. Ye, hibernate yang bermaksud duduk diam-diam sambil fikirkan, "Apa yang kau dah buat sebenarnya Farah Aliaa???".

Bila fikir-fikir balik saya perasan yang sebenarnya saya jenis manusia yang lari daripada masalah. Hey, macamana nak jadi engineer kalau rumah roboh terus book tiket lari ke overseas? Nampak tak gaya loser di situ. Langsung tak ready nak face dengan masalah sendiri. Tapi macamana nak handle masalah kalau diri sendiri pon tak boleh manage? Macamana nak jadi dewasa kalau bila rasa diri dewasa dah shut myself from grown up? Macamana nak bahagia kalau bila nak bahagia sikit je dah takut dengan macam-macam?

End up? Ye, hidup dengan bagi alasan yang entah apa-apa.

As the time passed by, terasa burden kat batu GUILTY tuh semakin berat. I'm supposed to feel relief with what I did, but the other way round happen. Rasa macam tak comfortable. Tuh la kau, jadi selfish sangat, Allah pon murka. T___T

Rasa macam nak menangis air mata darah pon tak guna. Rasa macam nak rewind masa tuh jadi macam sebelum masuk Degree kat Shah Alam pon tak boleh. And sekarang nih rasa macam tak boleh buat apa-apa pon.

Huh, terasa loser. Value untuk jadi superwoman macam Kak Una sikit pon tak nampak.



T__T

You Might Also Like

1 COMMENTS