Lelaki dan perempuan : boleh jadi kawan baik ke?


*senyum*

Lazimnya kita selalu dengar orang cakap, "Lelaki dengan perempuan mana boleh jadi kawan baik. Memang tak boleh lah."

Sebenarnya topik ini dah lama sangat saya nak tulis. Tapi belum cukup bahan-bahan yang nak diborakkan dan alasan utama adalah selalu terlupa. :)

Seorang kenalan tanya kan kepada saya.

"Babe, kalau I ada kawan baik lelaki pelik ke?"

Dan saya jawabkan kepada dia,

"Errr. Pelik ke? Entah laa. I don't think so. I have one kot"


Ye, saya ada seorang kawan baik lelaki and saya selalu mentioned nama nya dalam blog saya. Nama nya Din dan saya kenal dia sejak saya dari zaman diploma lagi. :)

Kalau nak ditanyakan kepada saya, tiada apa yang pelik pun bila perempuan mempunyai kawan baik lelaki. Sungguh. In fact masa suatu ketika dahulu saya ada mempunyai kawan baik lelaki yang rapatnya dengan saya sampai selalu di salah ertikan. Ke mana-mana pergi bersama sampaikan suatu tahap yang girlfriend nya minta putus sebab kan si dia dikatakan melebih-lebihkan saya.

*sigh*

Entah laa. Dalam berkawan, saya tak pernah rasa kan ada jurang di antara lelaki dan perempuan. Asalkan kita tahu menjaga batas-batas berkawan antara lelaki dan perempuan, bagi saya semuanya tidak menjadi masalah. Saya sendiri mempunyai jumlah kawan yang rata-ratanya 70% adalah lelaki. :)

Ramai orang mempertikaikan banyak masalah yang akan berlaku bila si lelaki dan perempuan menjalikan hubungan persahabatan yang akrab. :) Biasanya masalah yang timbul,

BOLEH KE LELAKI DAN PEREMPUAN MENJADI KAWAN BAIK TANPA MASING-MASING MEMPUNYAI PERASAAN YANG LEBIH DARI KAWAN?

Jawapan nya : Boleh, kalau kena pada gaya nya.

Jawapan ke-2 : Dan kalau kau ada feeling kat kawan baik lelaki kau, the feeling is so damn normal. Don't worry. That is mean you are not an alien. :)


Speaking of truth, I have been through this situation. Asalnya rapat dari kawan baik dan lama-kelamaan satu perasaan yang lain timbul dalam diri. Entah la. Most of the time saya banyak blame diri saya macamana boleh terlepas kawal diri saya untuk secure our friendship. When this thing happened, trust me. It did jeopardize your friendship. Hmm.

Alhamdulillah sebab saya selalu dikurniakan kawan-kawan yang baik ; always by my side through thick and thin. Termasuk juga Din. Dengan Din, saya boleh cerita apa sahaja berkenaan diri saya tanpa rasa segan silu. Dia bukanlah kawan yang akan simply judge saya, he loved to throw me some advise and he always by my side when I need him around. This is the kind of friendship yang jarang saya jumpa dalam mana-mana lelaki. In fact, all my lovely girl-bestfriends are comfortable with him. Kalau lah dalam Islam boleh bawak dia sleepover dengan kiteorang and having all those pillow talks, rasa nya dah memang buat dah. Hehe.

What do you need to do when you have a different feeling towards your bestfriend?

Saya bukan orang yang terbaik untuk cakap perkara nih. Bagi saya, dari awal persahabatan you should have set your mind whether you want the friendship stays like that or you are looking for someone special in the future. Kalau dah terasa ada perasaan yang lain, perkara yang sebaiknya TRY TO CONTROL YOUR FEELING. That is something yang saya sendiri susah untuk buat suatu ketika dahulu.

*ohh, I'm not falling for Din. I was falling for... hmm - he was somebody else from my past. :)

Usually I always talked and discussed with Din a lot of things. Termasuk lah kisah-kisah cinta. Haha. Geli pulak. But jangan lah bila you guys have a deep conversation about it, kau pon sama terpukau dengan kematangan bestfriend kau. Ohh adik. That is a big NO. Jangan, jangan. Tak baik rasa macam tuh. Let us just be professional. When it comes to a deep heart-to-heart conversation among bestfriends, so biarkan je benda tuh stay macam tuh.

Support your bestfriend in whatever he wants to do. Kalau dia dah menggatal dengan seorang awek nih, kau support lah dia kan. Jangan lah pula bila dah wujud perasaan lain, tiba-tiba meroyan tak bagi kawan baik tuh baik dengan awek tuh. Ohh itu another big NO. Tak bagus, tak bagus. :)

Banyak advantages bila ada kawan baik lelaki. Contohnya kan. Kalau terasa macam ada mamat tuh suka je kat kau, boleh lah kau cerita kat kawan baik lelaki nih simptom-simptom secret admirer kau tuh. Mana lah tahu kot-kot sahih rupanya kau ada peminat. Nanti mesti bestfriend kau tuh bagi idea macamana nak handle lelaki.

Lagi...
Kalau kau ada problems dengan boyfriend ke, nanti bestfriend tuh boleh bagi idea nak buat macamana nak ambil hati boyfriend tuh. Lelaki sama lelaki mesti lah saling memahami kan? So, bila dalam masa-masa tertentu bagus benda nih. Biasanya bestfriend lelaki nih ada idea gatal-gatal sikit. Tapi kata pon bestfriend kan, jarang lah ada perkataan MALU wujud dalam diri masing-masing nak keluarkan idea gatal. Hehe.

Do not jeopardize your friendship because of your feeling. Bak kata Din,

"Feeling tuh tak boleh buang twin. It comes naturally and there is nothing that we can do about it. It is how you control your feelings and make it alright"

Wise kan twin gua? Haha.

But,
if your bestfriend did feel the same as you, that is mean you guys are meant to be. Just pray and let Allah decides what is the best for you okay?

:)

You Might Also Like

2 COMMENTS