baby Adam & Bukit Tinggi

Dari hari Isnin sebenarnya dah plan nak melawat classmate saya, Ain, yang baru lepas bersalin di Jengka. Ye, umur sama 23 tahun tapi dah mempunyai baby. T___T

So, sempena Hari Thaipusam hari tuh, kiteorang pon gerak lah pergi tengok baby Ain, Adam Darwish. Comel betul Adam tuh. Rasa macam nak gigit je pipi, kaki dan tangan dia semua. Tapi sebabkan anak orang so jadi behave sedikit la kan? Mungkin boleh gigit anak sendiri je nanti. Hehe.


Hi everybody.. My name is Adam. ;)


Ohh nampak tal gaya pegang baby yang stiff sangat. Haha. Baby nih macam sangat delicate. :)


From right : Sal and Noi
(Dah ada gaya-gaya untuk jadi Mama dah Noi nih. Eheh)


Adam dah la sangat kecil. Tapi berat dah cecah 3.6 kg dalam masa 21 hari. Tak cranky pon. Baik je dengan Mama & aunties yang melawat dia. Hehe.

Dalam pukul 4 lebih baru kiteorang gerak balik KL. Sebabkan saya dah lama gila teringin nak naik Bukit Tinggi, so saya ajak lah dieorang semua naik. Luckily lah permintaan ditunaikan dengan seikhlasnya. Padahal semua orang pon excited nak naik sana. Haha.

Bukit Tinggi is one hell of a place yang sangat cantik okay! Rugi gila tak pergi melawat tempat macam nih dalam Malaysia. (Tiba-tiba proud to be Malaysian. :)) Japanese garden dia sangat cantik sampai kan Allim ajak study kat sini masa study week. Baiklah, Ayah aku memang cop duit untuk aku relax di tempat exclusive macam nih. :D


Japanese Garden. :)


Motif gambar nih sebenarnya nak tunjuk scenery belakang tuh. Eheh. ;)


Colmare Tropicale is another spot yang must visit. Even sebenarnya it is a hotel tapi kita boleh je melawat dalam tuh. Terasa macam kat France sikit-sikit. Hehe. Kalau korang nak feeling overseas boleh lah gi sini.


From the upper side. :)


Dah lama tak amek gambar gedik dengan Sal. :D


Lagi satu scenery kat Colmare Tropicale. :)

Kalau nak terasa naik bukit yang curam dia 30 darjah, naik lah Bukit Tinggi nih. Serius wehh, curam gila. Naik Genting Highlands pon tak terasa curam macam nih. Tapi bila dah sampai atas sekali tuh rasa sejuk je angin tuh. Masa tuh dah terasa nak terlompat-lompat katak dah kat situ. Haha.

Anyway,
this is the perfect getaway lepas sibuk dengan FYP. Boleh lah rest sekejap sebelum nak habiskan semester nih.

Well semester 8 friends,
dah masuk Week 4 dah nih. So, let us have some fun in this semester kan?

:)

You Might Also Like

2 COMMENTS