AWESOME day out

Yesterday was TRES awesome. Sangat suka sebab setelah berapa lama saya menghabiskan masa di lab dan pulang ke rumah untuk tidur dan esok nya ke kelas dan masuk lab semula (repeatedly okay!), akhirnya saya boleh keluar. Dah la keluar dengan all my bestfriends, so hari semalam dah menjadi hari yang paling seronok. :)

Ohh not to forget, semalam pon masuk lab juga. Tapi sekejap je lah and takde lah lama mana pon. After that, Rose ambil saya di Subang and there we go - menuju ke arah Chichi yang bekerja pada hari Ahad. Kerja keras yang bersungguh-sungguh kumpul duit untuk kahwin. Haha. :)

Sementara nak tunggu saya siap tukar baju dan solat Zohor, Rose melepak dalam bilik saya. Kebetulan pula dalam bilik ada almari yang full with winter coats, Rose pon mencuba-cuba the winter coats. Hehe. It was fun and hilarious. I was laughing dengan semangat sekali sebab rasa happy sangat ada sedikit kegembiraan yang datang. Eheh.


Baiklah. Sejuk sangat bilik saya. -_-


Mungkin Jenny from the block. Eheh. ;)


Then, kami pon pergi ke One Utama. Yeahhh! Sebabkan Rose *ehem,ehem* nak belanja kami makan di Seoul Garden, and hell yeah semangat mencari Seoul Garden. :) This is the first time I went to Seoul Garden and I love every-single-thing kat Seoul Garden. Kenyang sangat okay! Terasa macam nak pecah perut.


Baaaaaaaaanyak sangat makanan kan?


Mula-mula ingat nak tengok movie. Tapi selepas dah jadi gila masuk ke Zara yang tengah SALES tuh semua orang terus tukar plan :- JOM SHOPPING! Tak cukup dengan One Utama, malam tuh sambung pula ke Downtown Cheras. Hehe.


Motif gambar nih : saya tak pendek, dia pakai heels. ;)


From left : Rose and Chichi.


At Downtown Cheras, Cuda and her other half, Imi. :)


Motif budak 2 orang nih nak promote air yang masa zaman kecil-kecil sangat famous. ^__^


Dah pukul 2 pagi boleh tersenyum gembira. :)


Lepas tuh, amek kau! Balik rumah dalam pukul 3 pagi. Nasib sempat jumpa Big Mama yang nak ke China. Huhu.

Overall, I really had fun yesterday. And looking for more girls' day out from my bestfriends. :) Masing-masing busy dengan kerja and other things buatkan kadang-kadang semua susah nak jumpa. Well hey, that's life kan? :)

I hope you have a great weekend!

To be continue. Toodles. :)

You Might Also Like

2 COMMENTS