#1 Queen Qasrina

Okay. Lama sangat tak online. Seminggu kot. Sekarang saya sangat sibuk dengan final semester as a student. Dengan IDP, prestressed concrete yang selalu buat kan saya stress, dan lain-lain lagi. Memang tahap tidur asyik pukul 12 je sekarang. Dah lama tak menonton wayang ataupun berjalan-jalan membeli belah. Rindukan suasana ituuu. :(

Dalam masa seminggu juga tak sempat nak balik Subang. Macam kan Subang dengan Shah Alam jauh benar kan? Hehe. Bukan lah apa. Penat seharian ada kat fakulti buatkan saya malas nak bawa kereta balik ke Subang. Lain lah kalau Abang Ngah rajin nak amek saya kat rumah sewa. Hehe.

Malas nak tulis panjang.

1. Mak dan Ayah datang Subang. Ye, tak perlu lah saya nak balik ke Melaka memandangkan Mak dan Ayah dah willingly nak datang.

2. Queen kena demam campak. Saya rasa dia adalah budak yang paling gembira bila kena demam campak. Boleh berlari, menari mahupun menyanyi. The good news is she is going to be a sister soon. :) Sungguh tak matang dengan keadaan dia yang bakal menjadi kakak.



3. InsyaAllah kalau takde apa-apa semester nih saya habis belajar. Ya Allah, rasa dah penat dah belajar. Hajat nak sambung Master ada lagi. Tapi tunggu lepas dah masuk industry and gain some experiences. Baru lah boleh jadi lecturer yang knowledgeable.

4. Siapa yang ada idea dengan penggunaan Myvi. Kalau sesiapa yang menggunakan Myvi dan rasa kan Myvi okay dari pelbagai segi, sila lah berikan saya pendapat anda okay. :) berkira-kira untuk menukar kereta ada juga nih.

5. Semalam berborak dengan Queen. Banyak juga lah yang dia bebel kan.

"Queen dah nak jadi Kakak ye? Mama dah ada baby."

"By? By? Beshar? Mane My?" Translation : Baby? baby? Besar? Mane Mummy.

"Alaa sekarang takde lagi. Tunggu perut Mama macam ball. Nanti ada la."

Terus dia datang ke Mama nya dan pegang perut Mama nya. Pandang ke arah saya sambil cakap, "Peyut Mama de Ball My?" Translation : Perut Mama ada Ball Mummy?.



Ohhh...
Terasa sekejap je dah 1 tahun 11 bulan. :)

You Might Also Like

0 COMMENTS