perihal movie

Semalam ke IKEA untuk membeli kabinet baru untuk bilik baru dalam rumah sewa yang baru. Okay, too much BARU for me right now. Eheh. Balik je from IKEA terus demam. YE, demam yang sampai flat kerana mengalami sore throat yang melampau. T___T

So, hari nih duduk je dalam bilik sambil bed rest yang secukupnya. Shut myself away from the real world dengan silentkan handphone dan tidur sepanjang hari. Alhamdulillah lah petang tuh da boleh bangun sebab kan ada budak kecik datang tepi, "Mummy...mummy"

Adorable sebab dia panggil dengan keadaan yang tak pelat lagi. Hehe.


Queen. :)

Sebabkan keadaan yang tak berapa sihat dan hanya terbaring saya bantai tengok movie je lah hari nih. Gua tengok Lagenda Budak Setan bebbb. For the first time sejak cerita tuh keluar dan tak pasal-pasal menangis. Duhhh~lame sungguh. Tapi tetap tak gemarkan si Farid Kamil tuh. Huhu. Tunggu lah bila saya nak gemarkan dia nanti. :)

Lepas tuh tengok Ganjini cerita Aamir Khan. Aisehh, sejak Mann dulu, Aamir Khan memang best. Sambung pulak lakonan dia dalam 3 Idiots. Perghhh, terbaik tau. *pahal nak jadi kipas susah mati Aamir Khan kan? Urhhh.*

Okay, korang pernah tengok Meat Grinder? Cerita Thailand. Memang terbaik lahh! Cerita pasal perempuan gila nih buat meatball from daging manusia. Cara dia bunuh manusia tuh memang hardcore lah. Perempuan mengandung dilarang tengok. Bahaya okay. Terasa macam perempuan gila tuh tengah grind tangan saya bila tengok cerita tuh. Sebulan kau akan rasa macam nak banned bakso tau. Hehe.

Lagiiii...Hachiko! Ye, cerita nih Rose yang suruh saya tengok. Cerita pasal anjing sebab saya sukakan anjing. Kalau boleh bela anjing tuh, dah lama dah saya bela. Gila comel binatang tuh. Huhu. Rose cakap dia menangis sebab tengok cerita tuh dan dia sure saya menangis lagi teruk. Come on lah babe. Gua tengok sikit nangis pon tak tau. *padahal mata bengkak sampai tertidur. Hehe.

Ehh, banyak lak cerita saya tengok hari nih. Hard disk pon dah penuh sebab asyik kumpul movie je. Haha.

Okay lah. Nanti sambung lagi. :)


With love,
f

You Might Also Like

0 COMMENTS