Pantang-larang orang Melayu

Orang Melayu memang banyak pantang-larang. Most of the time saya selalu bising kat Mak saya bila ada benda yang boleh buat dan ada benda yang tak boleh buat. Mak saya boleh pulak nak counter kat saya, "Tuh orang tua-tua dulu cakap lah. Cuba lah dengar kau nih."

Cuba tengok nih :

1. Paling common sekali, JANGAN MAKAN BERALIH-ALIH TEMPAT, NANTI KAHWIN BANYAK.

Semalam keluarga saya have a family dinner dekat Bandar Melaka. Ayah yang duduk di kerusi Chairman, alih-alih angkat pinggan duduk sebelah Mak. Saya cakap kat Ayah,

"Ehh Ayah, saje lah tuh nak makan banyak tempat. Nak cari makcik baru lah tuh."

"Takpe la. Aku alih tempat duduk sebelah Mak kau. So, tak boleh lah kahwin lain".

Saya syak Ayah saya punya teori betul la. :)


2. Saya selalu kena, JANGAN POTONG KUKU TENGAH-TENGAH MALAM. NANTI TIDUR RIMAU KERJA.

Mak saya selamu olok-olok kan saya dengan entah apa-apa je pantang larang. Masa kecik-kecik dulu kemain takut nak potong kuku malam-malam. Walaupun duduk dalam pekan, takut jugak saya kalau ada mana-mana harimau terlepas kerja saya tengah tidur malam-malam buta. Eh, taknak lah buat kerja masuk zoo sekali. Eheh. :)

Sekarang nih gua dah kebal je potong kuku depan mak gua. Haha. Dah start fikir kalau rimau kerja, cool gak kan? Glamer sekejap satu kampung.

*bistuh takkan nak tunggu makan kuman kat kuku sendiri kan? Haha*


3. JANGAN MAKAN DALAM PINGGAN SUMBING, NANTI ANAK PON SUMBING.

Alaa, pesanan nih biasa untuk orang mengandung. Familiar kan? kan? Kak Una, NOTED tau! Haha.

Tapi ironically nya, ada je benda nih happen kat kawan Kak Long saya. Pada saya pula, let Allah decides what is the best for the mother kan? Kau makan dalam pinggan dari Itali pon, tapi kalau Allah kurniakan atau duga dengan ujian macam tuh, still benda tuh jadi kan.

*even more kadang-kadang pantang larang nih disahihkan dengan kejadian sebenar. Seram jugak gua kadang-kadang. Goyang. Eheh*


4. JANGAN LALU BAWAH AMPAIAN, NANTI JADI PENDEK.

Okay. Honestly, saya rasa geram dengan nenek yang keluarkan pantang larang nih. Zaman kanak-kanak dulu, asal nak sidai baju je kena lalu jauuuuuuuuuh hujung ampaian nak angkat baju. End up besar nih, PENDEK jugak! So, kena delete dari awal lagi pantang-larang nih. Sengal.

*kena curse tak sebab aku cakap founder pantang-larang nih sengal? Takut gak hantu nenek tuh kejar. Hehe*


5. Lagi satu yang saya selalu kena, JANGAN DUDUK MACAM CINA KALAH JUDI, NANTI MAK CEPAT MENINGGAL.

Mak saya selalu jerit masa zaman kanak-kanak dulu,

"ALIAA!! Kau nak mak mati eh duduk menyabung tuh??!!"

Tahu tak menyabung tuh macamana? Kau duduk meniarap, kaki kau naikkan ke atas. Konon-konon style. Hehe. Tapi kenapa mesti Mak? Kenapa nenek tuh tak cakap kepada golongan bapa? Diskriminasi!


Anyways,
biasa lah kan. Pantang-larang nih sebenarnya nak jadikan kita orang yang senonoh sikit. Dieorang je yang hyperbola kan effects tuh semua. Tapi kalau dapat kat stock anak degil macam saya, memang tak jalan lah. Hehe.

Apa lagi ek pantang-larang orang dulu-dulu? Tiba-tiba jadi stuck. Selalu ada je modal nak counter balik kan? Ehehe. ;) Yelah, sampai kan kadang-kadang terasa psiko siapa yang wujud kan all these pantang larang. Boleh jadi rebel tau. Haha.

Ok lah. Nanti sambung merepek lagi.

Have a nice day people! :)


Love,
f

You Might Also Like

8 COMMENTS