Johor Bahru

Semalam gerak pergi JB sebab Big Mama ada meeting kat sini. Gerak dari Subang betul-betul pukul 9.04 malam dan sampai ke JB dalam pukul 12 tengah malam. Gua made it beb. Haha. Sampai JB 3 jam je sebab biasanya ke JB dalam 4 jam. *pehal nak kerek bawak kete laju-laju kan? Eheh.

Dah lah drive seorang diri memandangkan Big Mama dengan Nabilah bukan main senang lenang tidur. Nasib lah aku semangat betul nak drive semalam. Takde perasaan mengantuk semua. Masuk je Bandar JB dah start pakai GPS yang baru di installkan semalam. Ohh, terharuuuu. Sekarang dah tak sesat lagi. Haha.

Hotel nih cantik. Bilik die besar dan toilet dia pon ngam dengan selera ahli keluarga. :) Dah memang macam rutin setiap kali masuk hotel, setiap kali tuh jugak lah tengok toilet. Kalau toilet agak-agak kacak je, terus terlompat kegirangan. Pelik kan? Isk isk.


Terasa cantik je toilet nih. Besar tau. Nih sink, bath tub and tepi nih shower. :)


Ohh, tempat nih dia letakkan jauh sikit dari sink. Hehe.


So far tak jalan lagi di bandar JB sebab terperuk dalam bilik hotel sambil surf internet. Tengah tunggu Nabilah mandi dan lepas tuh boleh lah kami berjalan-jalan di sini. Bunyi dah macam the real tourists kan? kan? Cadangnya nak masuk Singapore petang nih, tapi tak tahu lagi.

Dengar cerita dari kawan-kawan results dah keluar hari nih but I'm too afraid to check the results sebab kan saya macam teruk buat paper foundation hari tuh. Damn lah Allim. Scorer gila dapat 3.79, Afiq dapat 3.52. Makan beras apa tah dieorang nih? Cheh!

*apa-apa pon korang kena open table bhaii. haha.

Okay lah. To be continue. :)

Have a nice day!


With love,
f

You Might Also Like

6 COMMENTS