hari nih

Passport saya da nak expired bulan Jun 2011. So, kalau nak ke luar negara dalam bulan nih memang tak boleh lah kan sebab at least passport tuh kena valid 6 bulan sebelum expired. Lepas merengek dan berkira-kira dengan Mak saya, akhirnya boleh lah dapat duit nak pergi renew passport hari nih.

Imigresen seperti biasa ramaaaaaaaaaai orang. Saya punya lah tak tidur lepas Subuh, mandi dan terus pergi ke Imigresen dalam pukul 8 lebih tuh, dah dapat number 1125. At that moment baru number 1038. Tak berdarah pulak aku tunggu nak buat passport tuh hari nih kan?

Dalam building Imigresen tuh pulak takde line phone. Entah kenapa saya pon tak tahu. Saya saspek dia saje je offline kan segala jenis line telefon kat situ. Muka saya punya sememeh tak payah cakap lah kan? Mengantuk tahap dewa punya. T____T

Lepas 4 jam tunggu kat situ, baru lah number saya kena panggil. Cadangnya nak tunggu sampai passport siap lepas 1 jam, tapi Ayah suruh Mak balik rumah cepat, gantikan pergi orang kahwin sebab Ayah ada meeting,

"Balik je lah rumah. Passport Adik tuh bukan penting pon"

Ohh, terasa disisihkan. *hampa*

Balik rumah, tidur sampai ke petang. Memang terasa macam dah malas nak bangun sebab hujan yang lebat. So, situasi you-know-the-feeling-of-raining dah mula lah nak menguasai. Tapi Ayah kejut sebab ajak pergi Jusco Melaka yang baru (first time pergi. EHEHE) nak beli kasut jogging Ayah yang baru.

Masa kat Jusco baru tuh, masuk Royal Sporting House, tangan dah mula gak nak letak sneaker VANS kat kaunter. Tapi terasa segan sebab bukan duit saya dan dah ada arahan/amaran dari Mak saya,

"Haa, kau tak boleh beli apa-apa arinih. Duit da banyak habis kat dah kat dia sorang je. (ehehehe) Renew passport lah, cabinet IKEA lah, nak vacation lah. Hari nih biar orang lain lak shopping"

Tskk. Terasa disisihkan lagi.
*ahh, drama lah kau Farah Aliaa*


Tahu kenapa semua shopping malls ramaaaaaaai sangat org sekarang?
Sebab tengah YES lahh. Terasa nak jadi invicible sekejap.


Berita tergempar untuk hari ini,
Jam saya hilangggg. Ohh, sangat terasa kehilangan bila jam pon hilang. Sangat careless saya letak kat mana. Ayah da pesan awal-awal dah,

"Kau cari sampai dapat. Takde budget untuk jam yang hilang".

D-E-P-R-E-S-S-E-D.

Huhu.



Love,
f

You Might Also Like

1 COMMENTS