Adik beradik

Adik beradik aku ada 4 orang. Yang sulung adalah kembar, Kak Long dan Bangah, ikut Kakak, dan last sekali aku. Hubungan kami biasa-biasa sahaja kecuali aku dan Kakak yang agak rapat seperti kawan-kawan. Takde lah seperti sesetengah orang yang aku sendiri kagum kadang-kadang dengan keakraban hubungan adik beradik nya. Cemburu pon ada. :)

Masing-masing Kak Long dan Bangah ada keluarga sendiri. Dahulu, sebelum berkahwin, kami bertiga yang perempuannya selalu lepak bersama. Tapi tak seperti sekerap Kakak dan Kak Long menghabiskan masa bersama. Mungkin disebabkan jarak umur yang jauh, aku seperti ada di dunia lain kadangkala.

Suatu ketika dahulu, hubungan kami adik beradik renggang sehabis-habisnya. Jujur aku katakan, dalam masa itu, kalau melihat adik beradik kawan-kawan komen bersama di Facebook ataupun baca day out mereka dengan adik beradik masing-masing aku jadi sedih. Tapi, aku keraskan hati untuk tidak ada perasaan begitu tanpa buat tindakan untuk merapatkan hubungan kami.

Kak Long sambung belajar di UiTM juga. In fact, bersebelahan fakulti aku, Electrical Engineering. Dalam tempoh 7 bulan hubungan kami renggang, tidak sedikit pon aku cuba untuk telefon atau berjumpa dengannya. Aku ingat lagi 'kembar' aku, Din, cakap "Macamana jadi pon, korang still adik beradik". Aku endahkan sahaja apa yang dikatakan.

Lepas peristiwa minggu lepas, aku terasa seperti hilang satu beban yang besar. Aku rasa sangat tenang. Gembira dengan adik-beradik yang berkumpul bersama di rumah Mak, kejar-kejar dengan Queen dan Danish, makan malam bersama sambil bertukar cerita. Ehh, terasa seperti aku kembali ke zaman kanak-kanak ku semula. Terasa ada gembira yang tak mampu nak ukirkan selepas renggang yang panjang, kemudian rapat kembali.

Hari nih, aku lihat-lihat dalam internet untuk family gathering kami yang akan datang. Mungkin family day di Janda baik atau tempat-tempat yang begitu. Sangat tak sabar untuk gembira bersama semula. Terasa loser bila bergaduh dengan adik beradik sendiri.

I miss those sisterhood moments.




As i said "People may leave you just in a second. Appreciate them".

:)

You Might Also Like

3 COMMENTS