tipikal rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia macam ada satu perangai yang sangat tipikal. Mostly perangai macam kat bawah nih mesti ada :

1. Sampah sarap bukan hal mereka. Hal tukang sapu sampah ataupun Majlis Perbandaran.

Okay lah. Mula-mula dulu saya pon ada perangai untuk membuang sampah merata-rata. Kata pon kebanyakan rakyat Malaysian kan? So termasuk lah sekali. Tapi lepas saya tengok internet, baca artikel dan belajar subject Environment, terasa sampah sarap yang telah generate tuh banyak sangat. Takkan saya nak tambah lagi kan?

Biasa orang Malaysia mesti fikir macam nih, "Alaa, apa guna cleaner. Nanti kalau takde sampah dieorang takde kerja lak kan? Nanti Majlis Perbandaran rilek pulak". Padahal bila toleh kiri atau kanan, tak sampai satu depa pon tong sampah sebelah dieorang.

Kalau 10 000 orang fikir macam nih, mana lah sampah sarap tak bertimbun-timbun kan?


2. Dengki dengan hidup orang lain

Sorry to say tapi kebiasaanya benda nih ada dalam kebanyakan orang Melayu. Entah apa yang peliknya, kalau orang tuh bahagia, kalau orang tuh senang dan lagi senang kalau orang tuh lebih daripada dia, dia nak jadi dengki.

Tuh yang wujud nya keadaan santau menyantau, terkena buatan orang. Dan yang paling teruk kalau dalam satu keadaan tuh, apa yang didengki kan tuh berhasil bila si mangsa merana sampai meninggal dunia. Haih. Manusia nih pelik-pelik lah.


3. Masing-masing nak tunjuk hero

Kalau lah ada satu masalah yang timbul, semua pakat nak jadi hero. Semua pakat nak tunjuk masing-masing punya parang. Masing-masing punya kayu hoki, kriket. Tak pernah nak terfikir buat satu memorandum ke dan lepas tuh pakat ramai-ramai berbincang. Ini belum apa-apa dah bergaduh. Keputusan yang dapat lepas ada yang cedera atau mati lepas strike. Huh, tak menarik langsung.


4. Tak boleh nak terima perubahan

Abang saya baru balik Semenanjung for good. He's working as a Safety Officer for a company yang site nya adalah di Shah Alam. So, kalau kilang nih ada any changes pon basically memang abang saya tak termasuk pon.

There was a rumor that the factory telah dibeli oleh a big company from US. So, he heard that semua pekerja dah mula tak suka dengan the whole situation. Konon nya mereka dengar the big company sangat strict la, takde benefit lah. Whereas it was a rumor dan takde orang pon yang confirm kan situasi tuh. So, pekerja dah mula buat perangai dengan taknak buat kerja, dah ada ura-ura nak strike and such lah. Padahal sikit pon confirmation takde.

As i said, they cannot accept any changes. Kalau dieorang dah hidup dalam comfort zone mereka for a long time, mereka tak boleh/susah nak terima benda lain. Padahal who knows yang perubahan yang datang tuh untuk kebaikan dieorang. Sangat tipikal benda nih. Dan ini hanyalah salah satu contoh.

5. Konon nak boikot barang itu lah, ini lah

Haa, tang nih pon lagi satu perangai orang Malaysia. Kalau je dengar ada papehal (macam kalau beli product Israel akan menyumbang duit untuk pembelian senjata), terus nak boikot itu lah, ini lah. Dulu boikot McDonalds, Starbucks dan semua barang Israel lah. Lepas seminggu dah tak buat dah. Alasan, "Aku lapar lah. Teringin nak McDonalds".

Nasib aku tak terikut dengan aktiviti boikot nih semua. Kalau nak boikot, teruskan boikot dan kalau taknak boikot tak payah lah seminggu boikot, seminggu tak. Lepas tuh sambung boikot balik. Tak nice okay? ;)


6. Merokok sangat lah HAWT konon-konon nya

Pernah tak lepak kat mana-mana kedai mamak dan lepas tuh duduk dekat dengan table yang penuh dengan lelaki sedang merokok. Lepas tuh hembus asap dekat kita sampai bila masuk dalam kereta habis baju bau rokok. Pernah tak?

Ini lah lagi satu masalah rakyat Malaysia. Kalau da kata kat signage tuh KAWASAN LARANGAN MEROKOK maksudnya sebarang aktiviti merokok adalah DILARANG. Cuba bayangkan kalau dalam tempat tertutup seperti tempat aircond, orang merokok, kau rasa annoying tak? Annoying kan?


So, choose which Malaysian that do you want to be. Hidup dengan keadaan yang sangat sihat dan menyumbang kepada keadaan negara yang stabil ataupun nak jadi the loser Malaysian? :)


p/s : entry nih ditulis lepas tengok dekat 2,3 orang buang sampah bersepah-sepah di taman rekreasi.


Have a nice day.


Love,
f

You Might Also Like

8 COMMENTS