sesempurna yang mungkin

Kadang-kadang manusia nih pelik. Susah lah nak define. Bila benda takde depan mata baru lah nak cari. Bila benda da jauh mula lah nak rindu-rindu. *eheh*

Susah sebenarnya nak jadi manusia sempurna. Yang sebetulnya, memang takde pon manusia sempurna dalam dunia nih. Kalau sempurna, bukan lah manusia namanya kan? Jarang sebenarnya manusia nak berpuas hati dengan apa yang dia ada. Kalau da ada yang baik, terus kan juga mencari apa yang lebih baik. Biasalah. Mana ada orang nak duduk di takuk yang sama selama-lamanya kan?

Why am I being a philosopher right now? *smile*

Entah lah. Kadang-kadang saya rasakan Alhamdulillah nikmat yang saya dapat sekarang. Sejak diingat kan oleh someone few days ago, saya selalu bersyukur saya punya keluarga dan kawan-kawan yang jarang-jarang orang lain dapat. Namun, dalam apa yang orang lain nampakkan saya sempurna, saya sebenarnya jauh lebih.........tidak seberapa.

Kalaulah katakan tentang keluarga dan teman sekalian, saya rasa memang saya tak minta yang lain. Cukup lah apa yang ada. Sungguh. Cantik benar dengan apa yang saya ada. Tak mahu diminta lebih, minta dijauhkan untuk dikurangkan. Susah kalau saya mahu katakan, tapi yang pasti benar sungguh mereka lah sentiasa menjadi reason untuk saya teruskan lakukan dengan apa yang saya buat sekarang.

Jarang apa yang saya muktamadkan disetujui mereka. Entahlah, baik keluarga baik kawan-kawan. Mereka lebih kenal diri saya mungkin. Daripada memilih tempat belajar, sampaikan ke sekarang. Dalam memilih haluan hidup saya. Ada sahaja yang dibantah. Haha. Namun, jauh benar untuk saya marahkan mereka. Rasa sayang lebih adalah. :)

Manusia sempurna? Sering orang lain bebelkan kepada mereka yang lain, "Kau betulkan perangai sikit kau boleh?", "Apahal perangai macam nih?". Semua tuh selalu je dengar. Kata orang, macam ketam betulkan anak jalan. Sama je lah salahnya. Masing-masing tak perasan. Masing-masing cuba jadi bagus. Bila rapat-rapat, ada je benda yang tak kena. Nampak je benda yang tak sempurna.

Sayang : susah nak tafsirkan. Terima je lah apa yang ada di depan mata sesempurna yang mungkin. Kalau pun ada yang menegur, mungkin kerana sayang. Kalau tak pun di depan mata di hari nanti, mungkin untuk yang lain. Kalau pun ada perangai yang susah nak masuk bak kata orang, terimalah diri yang lain seadanya. Mana yang boleh diubah, sama-sama je lah ubah.

Jauh sudah menyimpang tajuk utama yang saya nak lakarkan malam nih. Entah kenapa bahasa jadi berbunga pula. *eheh*

Nanti saya cari diri yang sebenar semula. Bagi bernafas sekejap, mungkin. :)

Selamat Menyambut Deepavali kepada kaum India. :)
Have a great celebration.


With love,
f

You Might Also Like

0 COMMENTS