Ramai nye kawan-kawan yang nak kahwin

Seronok sejak semalam. Betul. :) Buka je Facebook, terus nampak inbox ade messages. Bestfriend saya sejak zaman MOZAC, kawan yang saya golek-golek sama di Matrik, kawan yang saya buat jahat sama-sama sampai Mak Ayah kena panggil naik sekolah, da nak bertunang.

First time baca, rasa macam, "WOWWWW!". Hehe. Kenapa terkejut? Maybe tak sangka dia lah antara kami semua yang akan mula kan langkah pertama ke alam perkahwinan. Even baru bertunang, maksud nya kau da ready lah kan nak bagi komitmen. Bahagia jadi mereka. :)

*senyum*

Bukak message lagi satu. Ohh, kawan masa kat Jengka dah nak kahwin bulan 12 nih. Ya ampun! Pon tak sangka jugak. Punya lah ganas budak perempuan nih, gila anti lelaki semua, end up dia kawen dulu daripada budak-budak bilik dia. Haha. Da jodoh dia sampai dulu kan. Nak buat macamana?

Bila fikir pasal kahwin, seram jugak. Banyak je benda nak kena fikir. Financial at least da kena ada sikit-sikit kan? Baru lah tak menyusahkan orang bila dah kahwin. :)

Manakan nak fikir rumah lagi.
Manakan nak fikir nak bagi suami makan apa.
Manakan nak fikir duit gaji semua macamane.

Hehe. Secara jujur, saya belum bersedia. Kena kumpul duit sikit baru boleh kahwin.
:)

Selalu baca blog Kak Una. Rasa macam best nya life after kahwin. Hidup dengan orang kita sayang semua. Haih, insyaAllah masing-masing punya rezeki datang nanti. Bahagia juga bila tengok orang lain bahagia. :)

Selamat Hari Raya Aidiliadha. Dalami lah erti korban yang sebenar-benarnya okay? Sedih bila baca entry 'mahal'.


with love,
f

You Might Also Like

3 COMMENTS