iklan cari housemate

Esok ada paper environment. Tapi kenapa aku masih pandang laptop? Kenapa? Kenapa? *stress*

Yelahhh, biasanya kalau esok nya ada exam, sekarang nih da datang masa-masa aku untuk bertungkus lumus. Ini boleh siap ada masalah takde mood nak belajar lagi. Boleh? Boleh? Huhu. Stress lah macam nih. Da lah nervous.

Siang tadi study kat faculty. Damn lah rasanya. Macam perut kau da penuh, tapi kau still usaha untuk masukkan jugak makanan. End up? Oh yes. Muntah ye adik-adik. So, otak pon jadi lemau. Sangat tak menarik situasi macam tuh. Huhu.

Sekarang nih duduk sorang-sorang kat rumah. Well, aktiviti duduk sorang kat rumah da memang tetap da. Jarang jumpa housemate sendiri. Masing-masing pegang title busy woman. Mesti lah jarang jumpa kan. Sampaikan kadang-kadang tuh, leave message kat Facebook je. Punyaaa lah berteknologi sekarang.

Kiteorang tengah nak cari housemate baru. Duduk 2 orang je satu rumah kat Shah Alam nih, memang rasa seperti orang kaya. Haha. Bilik ada 3, tapi yang guna nya 2 bilik je. Sorang satu bilik. Sewa rumah sekarang? Huish, biarlah menjadi rahsia. Tapi agak da lama lah tak berlibur sebabkan duit rumah je da banyak. T_______T

Kalau korang ada kawan-kawan yang nak sewa bilik di rumah saya sila lah cakap okayyy? Selesa pon selesa kan? Rumah nih kat Blok 39 Flat Seksyen 7. (Kenapa promote rumah sendiri? Haha.)

Sesi temuduga akan dijalankan. Sila email resume anda. *dushhhh. :D

Okay lah. Nak sambung aktiviti golek-golek. Hehehe. :)


Have a nice day!


Love,
f

You Might Also Like

2 COMMENTS