bila tidur lambat

Malam tadi entah kenapa, masing-masing menggila.
:)

Balik dari keluar makan dengan kawan saya, Lea da bising-bising sebab tak cakap dengan dia yang Din nak datang rumah. Mana lah saya nak tahu Din nak datang seawal pukul 1 pagi. Ingat macam lambat lagi la kan. Saya pon keluar la dinner dengan kawan saya kejap. So, bila handset menunjukkan perangai kurang sopan dengan semua orang tak dapat call saya, dieorang mula call kawan saya. Nasib da memang inform Lea dengan siapa saya nak keluar semua. Siap nak tinggalkan phone number beliau lagi. Haha. *macam minta permission Mak kan?*

Sambung cerita balik. Da Lea menjerit-jerit marah kan saya (sebabkan salah sendiri sebenarnya tapi tak tahu nak marah siapa), saya boleh tergelak je. Salah saya ke bila Din ketuk pintu rumah tak bagi salam dan Lea bukak pintu dengan keadaan tidak sopan? Salah saya ke? Haha. Tapi saya hanya mengaku je salah saya sebab comel je bila kak Lea marah. :) Bila Cuda balik, sibuk suruh download cerita. Masing-masing mula lah nak berebut cari cerita blue. Ehh, bukan cerita kelakar. *cover*

Sambil download movie dengan keadaan internet yang super pantas (sangat suka!), kiteorang tengok TV manakala Lea pergi layan Enthiraan tanpa substitle. Hebat sungguh boleh paham yelleporinggai cakap apa. Huh.

Dalam pukul 4 pagi tiba-tiba lapar, gerak pergi breakfast McD (aktiviti yang dah lama kami tinggalkan). Balik rumah, VOILA, cerita hantu rupanya yang di download. Shutter. Siapa pernah tengok?? Memang lahabau bak kata orang Melaka tahu tak? Scary gileeee. T____T

Tidur seawal 7 pagi dan bangun semula seawal 9.30 pagi sebab hantar bangah pergi airport. Balik rumah pukul 12 tengahari dan tidur sampai pukul 3 petang. Okayyy. Memang saya takkan bergerak dari rumah hari nih. Shut myself dalam bilik je. Nak study tiada mood kerana.....entahlah. Huhu.

Okaylahh. Sekian laporan hidup saya untuk hari nih. Takde idea sebenarnya. Kenapa korang baca? Hahaha.

Have a nice day.

Love,
f

You Might Also Like

3 COMMENTS