Ayah dan Facebook

Ehehe. Dah pukul 4 pagi masih susah nak tidur. Dalam perut da macam lapar benar da. Tapi semua orang da tidur. Nak ajak siapa keluar pon saya da tak tahu. Last sekali mula kan aktiviti online.

Da lama kan tak blogging betul-betul. Korang rindu saya tak? Elehhhh, tahu. Da senyap. Tak payah nak sipu-sipu cakap korang rindu saya. Kita faham lah awak. :)

Terasa sekarang nih macam bontot da semakin membesar. Ye, dalam kata lain semakin menggemuk. Mungkin situasi ini juga menggalakkan saya untuk mencarut dengan berlebihan. Tapiii saya tahan je. Mana cool asyik mencarut kan? So, saya sedang cuba untuk kurangkan sekarang nih. Yelahh, orang makin besar semakin sopan. Ye tak? Hehe.

Ha, nak tahu tak. Semalam call rumah. Kakak ada kat rumah sebab buat apa tah. Biasalah dia. Even duduk Perak pon, every week dia hayun balik rumah. Memang gaji sebagai lecturer berguni agaknya sampai boleh balik rumah dengan kadar selalu. Lepas tuh request masakan Mak yang sangat sedap. Huh, memang jeles tau.

Ehh, tersasar cerita lak.

Okay. Semalam masa call rumah sekali Kakak cakap, "Mok, Ayah da ada Facebook tau. Nanti kau kena approve". Wahh, dalam hati seperti mahu mencarutkan kakak sendiri sebab buatkan Facebook untuk Ayah saya. Dah tentu lah Ayah saya tahu segala kegiatan haram saya kan? *exaggerate even ada benarnya. Haha*

Bukak Facebook arinih, Ayah da posted kan something kat Wall,

"Kau tido ya tak belajar"

Macam kat dalam nih :


Hamek kau. Ayat penuh tau. In fact noktah pon takde. Haha. Gerun dengan soalan dalam Facebook tuh. Eh, maybe bukan soalan. Ayat pertanyaan sebab tanda soal pon takde. Hehe.

Kelakar lah Ayah nih. Hari tuh bukan main marah lagi pasal Facebook bila saya gaduh dengan Kak Long. Siap cakap dengan saya,

"Nak gaduh-gaduh sebab Facebook nih kenapa? Aku kalau jumpa Facebook nih, memang aku baling kat muka sorang-sorang"

Rasa nak lawan jugak masa tuh, "Macamana Ayah nak baling Facebook?" tapiii saya diamkan je lah sebelum Ayah saya baling TV kat kepala saya pulak. Ada jugak yang kena masuk penjara kang. Haha.

Kita tengok lepas nih. Mungkin Ayah saya da pandai download movie pulak? Haaaaa, time tuh memang saya tabik spring lah ngan Ayah saya. Boleh jugak berlagak dengan rakan-rakan,

"Bapak guaaa pandai download movie bebbbb"

*eheh*

Dah lah. Banyak sangat merepek nih. Mungkin sudah tiba untuk saya tidur dan betulkan otak saya semula. Haha.



Have a nice day!


With love,
f

You Might Also Like

10 COMMENTS