almost habis novermber sudah

Hari nih sesi bersalam dengan rakan-rakan yang sudah habis belajar dan dah memang nak masuk ke dunia-belanja-kawan-lepas-dapat-gaji. Eheh.

Masa hantar Ziema ke Seksyen 17 tadi, menitis jugak lah air mata nih tadi. Lea control sedih padahal mata dah bergenang. Saya? Huhhh, takyah tanya lah soalan basic macam tuh. Kata pon cengeng kan. Harus lah menumpahkan air mata. ;)

Hari nih jugak melayan landlord yang sangat annoying-sampai-rasa-nak-sepak. Ohhh, sungguh. Kalau lah tak diajar adab sopan yang tinggi, memang dah melawan dah aunty tuh. Sabar je lah tadi melayan dia. On the way pulang ke Melaka, terasa mengantuk yang sungguh dahsyat. So, saya mengambil inisiatif untuk suruh Lea je yang drive.

Balik rumah melayan pulak gadis-kesayangan-cum-lesbian-partner, Rose. Melakukan aktiviti Bantal Bercakap (Pillow Talk) untuk apa yang patut. Ecececeh, apa yang patut kononnnnn. Macam ada masalah dunia pula kan?

Baru lah boleh duduk depan PC dengan tenang sambil fikirkan apa yang merepek kan.
:)

Kejap je bulan November nak habis. Lepas nih nak masuk Disember dah, and indirectly semakin alert lah dengan konon-konon Final Year Project yang nak buat masa tengah cuti semester nih.

Terasa macam kecil je masa bulan 1 arituh.
Tibe-tibe dah jadi bulan 12.
Pelik.

:)

Haih. Terasa nak pergi bercuti. Sungguh.

I need a perfect getaway.
For me to feel free and relieve.
I need time for myself to figure out what happen to me.

I need time to be alone. Duduk diam dalam satu bilik dan berehat.
I mean really diam.

Sebab tuh lah malas nak tulis blog sekarang. Emosi tengah tak stabil. Nanti whatever craps yang tulis kat sini. Terasa sungguh tak menarik. Terasa kadang-kadang nak tutup je blog nih. Huhu.

Toodles~


Love.
f.

You Might Also Like

0 COMMENTS