the ugly truth

Sejak beberapa ketika, saya cuba untuk meluahkan perasaan saya dengan macam-macam cara. Ada kadang nya, cuba untuk menangis, tapi saya gagal. Kenapa begitu beriya untuk menangis bukan? Sedangkan banyak lagi cara untuk hilangkan rasa tekanan yang saya alami.

Entah la,
mungkin bagi nya saya orang yang senang untuk menangis. Tengok makcik tua jatuh di tepi jalan tanpa orang tolong, menonton Bersamamu atau pun Bank of Hollywood pon saya boleh menangis. Cengeng kata orang. *heh*

Entah la,
mungkin bagi nya saya, bila saya menangis, saya selesa untuk lepaskan rasa berat di hati dengan lebih ketara. Kadang-kadang saya boleh menangis semahu-mahunya, sampai sesak nafas pun ada. Sampaikan saya tertidur dan bila mana saya bangun saya rasa diri saya ringan dan segala kesulitan sudah dimaafkan.

Mungkin, saya mahu ada rasa di hati yang tenang.

Sungguh,
saya tak berdendam dengan sesiapa. Bila mana si ibu tegur "Eh, macam kenal budak tuh", saya alihkan perhatian dengan "Salah orang la mak. Mana ada". Buruk baik nya saya kenal sebab sepanjang kenal nya dia, saya tahu siapa dia. Kata orang saya rapat dengan dia. *senyum*

Mungkin sebab kan itu, cakap-cakap kosong orang di belakang, rasa nak dipaling kan.
*manusia biasa. ada pasang surut nya

Mungkin juga,
saya mahukan menangis supaya bila bercanda dan bergurau senda dengan teman-teman, dan bila mana mereka katakan "Diam lah kau. Diam lah kau" takde la saya tak kecil hati tak semena-mena. Sampaikan suasana senyap dan teman itu rasa bersalah tinggi agung. Ohh, sungguh saya tak minta kan saya jadi sensitif seperti itu. Rasa mahu jerit kepada semua kira nya maafkan saya.

*diam*

Kalau pun ada di kalangan mereka yang katakan bagaimana keadaan yang durjana boleh berlaku, kenapa apa yang kita minta kan, apa yang kita cuba lontarkan hilang sebegitu, saya diamkan sahaja. Rasa kalau-kalau marah, mahukan dijawab, "Macam aku mintak".

Sejak kecil, saya diceritakan yang ada sebuah pokok di atas sana. Setiap daun melambangkan semua manusia. Bila mana telinga kita berdesing tak semena-mena maknanya daun yang gugur dari atas melanggar daun kita. Oh, lebih jelas lagi, daun yang gugur sama kan dengan mereka yang meninggal kan dunia terus pergi kembali kepada-Nya.

Saya tanya kan kepada mereka, "Apa yang ada kat daun tuh?". Anak kecil seperti saya dalam keadaan itu, 8 atau 9 tahun mungkin, begitu tebal sifat teruja. Dijawabnya soalan saya seperti,

"Atas daun tu, tulis segala amalan kita. Apa yang da ditetapkan untuk kita. Bila kita da berusaha, tapi masih tak dapat lagi apa yang dihajatkan, maknanya takdir da tetapkan begitu. Da tercatat atas daun tuh"

*diam lama mungkin.*

Fikir-fikirkan semula, ada logik nya. Disuruh oleh-Nya untuk kita berusaha, tawakal dan terus berdoa. Kalau pun ada barang satu dua yang tidak seperti direncanakan, berserah la kepada-Nya. Mungkin ada hikmah di sebalik nya.

Heh,
tengok lah siapa yang berkata sekarang. Macam salah orang yang mahu bicarakan tentang keadaan dan disuruh untuk bertenang, bukan? Kalau lah dengan menulis di sini, bagi kan saya kudrat untuk menangis dan barang untuk dilepaskan, minta maaf ya? Kata nya mereka satu sahaja,

"Kamu pun layak nak happy. Tengok orang lain happy, tapi kamu je sedih. Tak rasa rugi ke? Macam tak berbaloi"

*tapi sebenarnya tak dapat punn. :)

Senyum seorang bikin hati lagi tenang. Boleh?


With love,
f

You Might Also Like

1 COMMENTS