terinsaf sekejap banggg

I was hanging out with my friends the other day. Da agak-agak nak dekat pukul 6 petang, saya ajak Sal cari surau nak pergi Solat Asar kejap. Nak cari surau pon satu hal jugak. Kat basement sana. Cuak jugak lah saya dengan Sal nak turun. Da la kat bawah tuh tak ramai orang. Huhu.

Masuk je dalam surau tuh, terus amek wuduk and sembahyang. Yelahhh, da masuk surau kan? Takkan saya nak beli kobis pulak. Haih. So, after da solat semua, saya ternampak la ada satu poster tertampal kat surau tuh.

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”

source : dari sini

Tiba-tiba terdiam sendiri tau. *sigh*

Dalam last week je, saya rasa straight saya tertinggal sembahyang Subuh. Da kalau sama dengan 60 000 tahun tuh kan, agak cuak jugak la saya nak kira da bape lama saya tertinggal Subuh. Segan sendiri.

Hmm, I maybe not a good person to talk about all of this. Solat dan appearance saya pon tak selengkap mana. Tapi saya rasa tak salah kot kalau nak cakap pasal nih dengan korang. Kita boleh share dan sama-sama betulkan apa yang tak elok. Kan? Kan?

Hmm,

I'm not in a good mood today. Basically okay lah, tapi after nampak the same thing everyday, da jadi macam tak best. Tapi takde lah horrible pon mood saya. Biasalah ada upside down masing-masing. Just boleh doa so that everything dimudahkan je jalan untuk saya. :)

I'll write again. Penat da melayan Sal nih YM. Naik haus tangan layan ramai orang. *bajet glamer* haha. Ok lah. Nak tidur. Esok nak start study Environment.

Take care people!


With love,

f

You Might Also Like

3 COMMENTS