takde ke benda pelik lagi yang aku leh buat

Sebelum tulis entry pon nak tergelak. Macam haram pon ada gak. Tapi malas nak fikir banyak-banyak. Buat serabut watpe kan?

Hari nih ada 2 test. Pastuh elok lepas test Foundation, ada pulak kelas. Memang macam haram. Time tuh da lapar macam tak makan nasik 15 hari da. Balik rumah dengan Sal, masing-masing bantai tidur. Haha.

Elok je pukul 5 petang ada talk untuk subjek Society. Wahhh, saya punya malas nak pergi talk masa tuh jangan cakap lah. Sal duk kejut suruh bangun nak pergi talk. Damn la talk nih. Rasa macam nak pencen dari belajar. HAHA.

Habis je talk yang penuh ilmiah tuh, saya terus dengan yakin menuju ke kereta. Dalam hati fikir, "Ok, aku nak makan. Nak makan. Nyum nyum". Sekali bila sampai je kat kereta da jadi gelabah da. Ehhh? Mana kunci kereta aku nih kan? Takde la pulak.

Haaa! Time tuh da rasa macam nak penggal kepala. Haram jadah kunci kereta boleh hilang. Jiha duk tolong cari kan dalam beg pon takde. Da la saya takde kredit. Nak call sesiapa pon tak boleh. Suruh la Jiha call kan sape, and message Lea jugak. And apparently they called the same person. Which I expected the least untuk disusahkan. Huhu.

Pendekkan cerita, kunci kereta tak dapat, orang lain tolong datang amik. Memang la tahap menyusahkan orang kan? Well, nak tahu apa yang tambahkan lagi malang saya?

1. Kunci rumah dalam kereta :
rumah Subang, rumah Shah Alam, rumah Komersial. Semua ada.

2. Kredit kad dalam kereta :
previously saya isi minyak and kad kredit terlupa untuk dimasukkan dalam purse. How careless am I?! Kalau mak aku tahu, confirm kena bunuh!

3. Buku German ada dalam kereta :
konon-konon nak study untuk test German esok. Tapi bila balik rumah baru teringat buku German dalam kereta! Hampeh.

4. I have 0 ringgit in my purse :
mak saya selalu marah sebab dalam purse saya selalu tinggalkan kosong. Which saya akan jawab, "Alaa, lek la Mak. Bukan ada apa-apa". Amek kau! Memang kecil je la kan Mak aku pandang. HAHA.

Anyway,
saya text la my friends semua. Afiq, Jemi, Brader dan Sal yang kunci kereta saya hilang. Respon yang dapat memang semua nak hentam la kan. Haha.

"Kau memang hutan lah! Mana la kau letak kunci kereta ko tuh."

"Takde ke benda pelik lagi ko boleh buat, Farah? Bukan main macam-macam lagi ko nih"

"Ey, u nih memang gila tau. Kunci kereta pon boleh hilang."

Anyway;
balik rumah, duduk sorang-sorang baru rasa sedih. Hmm hendakya saya da susahkan orang yang paling saya cuba taknak susahkan. Memang saya rasa tak best je la kan.

Malam tuh, kawan-kawan macam tahu je saya sedih. Semua call dengan message. Hehe. Concern betul mereka. Lupa lak nak bagitau Din. Kalau Din tahu, confirm kena bebel/perli gak. Lepas Maghrib, Mak kata nak datang hantar kunci kereta semua. Tapi saya malas lah nak susahkan Mak Ayah. Da fikir da nak naik bas balik Melaka lepas test German pagi esok.

Lea da risau saya nak pergi kelas macamane since Cuda got something to do tonight and ada potential takde rumah. Haha. She suggested me to take the bus, but since saya tak pernah nak naik bus, sangat la seram untuk naik bas and takut jugak kalau-kalau silap. So, end up nak jalan kaki. Anis pulak call saya nak tidur rumah saya, so that dapat teman saya jalan kaki pergi kelas sama-sama esok. Huh, lagi la bersalah. Jemi pulak da try nak adjust macamane nak tolong bawak saya pergi kelas pagi esok sebab simpati saya nak jalan kaki. Haha. Memang terharu la kan?

Lepas sembahyang Mahgrib, tiba-tiba Hadi message :

"Jom lepak minum Farah"

Terus bersinar mata. Terus saya reply,

"Ko memang selamatkan aku la Hadi. Aku memang tengah tahap misery nih. Jom. Tapi ko kena kutip aku kat rumah. Haha"


Elok je lepak dengan Hadi, terus Mak call tiba-tiba da sampai Shah Alam. Terharu tuh tak payah cakap la kan? Pergi gerak ambil kereta kat fakulti, terus bawak Mak Ayah saya makan malam. After that, Mak Ayah saya balik Melaka semula. *sedih*

So,
saya tekad untuk tak jadi careless lagi. Lea mampu melompat riang sebab saya careless terhadap benda yang sangat sangat sangat penting. Kalau la orang jumpe kunci kereta tuh, kan bahaya?

Please take good care of your belongings okay!

:)


With love,
f

You Might Also Like

2 COMMENTS