selekeh betul la

Air mata dari tadi bukan main laju lagi.
Hampa weh. Kau da excited macam budak kecik tunggu dapat PS 3. Sekali tiba-tiba tak jadi. Huhu.

Macam nih cerita nya. Plan dalam bulan November nih patut nya saya, kakak, Big Mama dan Nabilah akan ke Korea. Well, basically semua benda da tengah settle kan. And luckily flight ticket tak di tempah lagi.

Hari nih, lepas kutip Nabilah kat Bukit Jalil sebab die memberontak nak balik, saya borak-borak dengan Big Mama plan nak pergi sana. Suddenly keluar dari mulut nya,

"Kita pergi from 30 OCTOBER SAMPAI 6 NOVEMBER tau. So, kakak da boleh apply cuti dari sekarang."


Saya yang masa tuh tengah belek-belek handset, terus bangun terkejut.


"HAA? Kita pergi 30 October??? Sampai 6 November???"

"Haa, ye lah. Kenapa?"

"Adik tengah final la masa tuh!!"


Semua orang terdiam. Rupa-rupanya aunty saya ingat saya free on 30 October and not 30 November seperti yang saya maksudkan sebenarnya. Nak tunda ke hari lain, Nabilah da start kelas da. Takkan nak ponteng kelas sampai seminggu. Kakak pon ada training. Semua diam.

Last sekali saya cakap,

"Takpe la. Korang pergi je la. Adik ada final. Takkan nak tinggalkan."

Masa tuh tahan je air mata. Sumpah rasa sedih nak nangis. Da la the whole day hati nih macam sayu je. Haaa, hambek. Lepas dieorang keluar, chatting dengan Rose dan Lea sambil airmata mengalir laju. Huish, tak dapat beli DSLR pon tak sesedih nih.

Selekeh kan? Nangis sambil hisap hingus. HAHAHA. (Geli ke? ;p)

----------------------------

Tengahari tadi saya memang da tahap lapar macam tak makan 15 hari. Dalam hati rasa nak keluar je rumah dengan baju koyak saya bersama seluar katok panggilan Mak saya kepada short. Hehe. Tapi sebabkan saya masih kenal asal usul, sarung kan la jugak jeans dengan keadaan malas. Grab tudung bibik yang mahal tuh terus pergi kedai makan.

Masa jalan tuh, saya rasa muka saya da macam muka perempuan-selekeh-tak-makan-15 hari-mencari-makanan. Memang aim : MAKANAN!

Sampai je kedai makan, semua orang tengah makan. Laa, standard la kan. Takkan kat kedai makan ada konsert Paramore lak. (OK. Tak lawak.) So, habis beli makanan semua, saya perasan ada a group of mak2 datin tuh semua pandang saya. Ehhh, gelang masing masing banyak, pandang je la gelang kiri dan kanan tuh kan?

Saya terus ke kaunter pembayaran. Malas saya nak hiraukan pandangan Mak Datin yang ingat saya tak mampu nak bayar tuh. Dalam purse I ada RM50 okayyy aunty. HAHA. (RM50 pon nak kecoh.) Da habis bayar semua, saya jalan keluar kedai. Sampai je kat kereta, saya terasa nak pegang belakang t-shirt saya. YA ALLAH! Patut la aunty tuh pandang pandang. Lubang kecil kat t-shirt tuh da develop jadi besar penumbuk. HAHAHAHA. Memang la dieorang kata tahap selekeh haram nye kan?

Ahhh, lantak lah. Asalkan da beli makanan. Lepas nih takyah la keluar pakai t-shirt tuh da. Hehe. :)

Kalau ada makcik yang nak buat menantu, mesti da tarik anak dia jauh jauh da suruh jangan kawan dengan saya yang selekeh nih. Antara darjat betul. HAHA. ;)

--------------------------------------

Rasa nak makan kat Hakim. Bawak diri sebab tak dapat pergi Korea. *sob sob*



Sedih tengok gambar nih. But I always love this picture.

Credit to Kamal Zahiddin. Tq love :)


Have a nice day! Wish me luck for tomorrow test.


Love,
f

You Might Also Like

0 COMMENTS