peristiwa tayar baru

Semalam baru lepas habis paper Foundation. Habis exam je, semua orang tension soalan gila tricky and saya senyap je. Malas nak bincang-bincang sebab rasa nya macam banyak salahhh je. So duduk relax sorang-sorang bagi bertenang.

Lepas lunch dengan budak-budak nih, semua keluarkan plan karaoke. Huh, da masuk 9 jam kalau karaoke lagi. Bak kata Hadi,

"Hari Sabtu ni, semua orang pergi audition tau. Da 9 jam da kita karaoke.".

Tapiii sebab semua orang nak release tension, join je la kan. Balik dari karaoke terus straight balik rumah sebab da penat gila. Mengantuk pon ada jugak sebab tak cukup tidur.

Seawal 9 malam saya da masuk tidur. Haha. Ingat nak bangun Isyak lepas tuh, alih-alih je da pukul 11 pagi. Damnnn, lebih 12 jam tidur. Memang qada' tidur untuk beberapa hari la.

*grin*

Bangun tidur terus cari kedai tayar. Tapi gila hape pergi kedai tayar kalau tak mandi semua kan. So, lepas siap mandi, ajak classmate saya, Jemi, temankan saya cari tayar. Da berapa hari da budak-budak ni advise saya tukar tayar (sebab tayar kereta da koyak) tapi saya duk ignore je dieorang cakap. Since hari nih macam free, so cari la kedai tayar kan? Bajet nak tuka tayar second hand je.

Cari-cari tayar second hand takde pulak sebab untuk size tayar saya da takde. Yang ada pon tayar baru je. So, lepas fikir-fikir keadaan account dalam bank, saya pon on je la beli tayar baru. Siap buat allignment dengan balancing lagi. Terbang RM240. Pakai duit sendiri okayy? Nasib hari tuh baru lepas dapat duit macam dalam entri yang ni.

Lepas bayar termenung kejap. Fikir duit da habis. Haha.

Bawak je kereta lepas servis tayar tuh, bukan main lagi saya aware dengan segala jenis lubang. Huishh, taknak la main hanyak je kereta tuh. Bila duit sendiri keluar, baru la rasa sakit sikit kan? Baru la mula terbayang je duit tuh kalau terlanggar lubang. So, sekarang nih nak bawak kereta da jadi besttt je sebab allignment dengan tayar semua da servis.

Safety : CHECKED.

Padan la muka saya.
Kalau da tahu student, tak payah la nak pakai kereta bagai kan? Da tahu takde duit, lagi nak pakai kereta. So, memang padan la muka bila duit da habis. ;) Ingat senang ke nak pakai kereta? Da la duit minyak pon pakai cash, servis kereta dan kalau tayar rosak lagi. Haishhh.

*sigh*

Next paper is on the 3rd of November and after that on the 9th of November. So, have to struggle awal-awal sebab Foundation da macam haram je hancur nya. Huhu. Takkan la nak biarkan Environment dengan Law flunk jugak kan? Sayup-sayup je harapan nak DL semester nih. :(

Ok lah, nak keluar kejap dengan kawan saya. Have a nice day people!

Do take good care of yourself okay? :)


With love,
f

You Might Also Like

0 COMMENTS