pakai tudung, smoking. So?

Balik dari Cineleisure, kami bertiga. Kawan saya drive kereta saya. Entah kenapa, tiba-tiba saya tanya kawan saya,


"Korang rasa perempuan yang smoking teruk tak?"

Yang A jawab,

"Personally aku rasa teruk la."

Yang B jawab,

"Yah, kalau perempuan cakap SIAL pon aku da tak suka, ini kan pulak perempuan yang smoking."

Saya terus jawab kepada si B,

"Alamak, aku da memang teruk la nih. Selalu terlepas SIAL bagai tuh?"

Si B pulak menjawab,

"Ko nih aku da rasa macam lelaki dah." pandang muka die yang tergelak-gelak sampai kan rasa nak tampar laju-laju.

Saya tanya lagi kat dieorang,

"Kalau perempuan tuh pakai tudung dan die smoking?"

Yang A jawab,

"Kalau aku rapat dengan perempuan tuh dan dia free hair tapi smoking, aku kira boleh lepak lagi dengan dia. Tapi bila die smoking and pakai tudung, pergi mati la aku nak lepak dengan dia."

Yang B jawab,

"Ada ke wehh? Gila kurang ajar kalau macam tuh."

Saya tanya lagi kat dieorang,

"Korang kenal aku sekarang nih. Korang rasa aku baik ke jahat?"

Yang A jawab,

"Alaa okay apa. Kenapa tanya macam tuh?"

Saya diam. Penat fikir apa nak jawab dengan dieorang. Tapi dalam hati rasa nak jawab,

"Entah lah. Kadang-kadang aku rasa aku jahat. Sebab tuh aku tak deserve dapat apa-apa aku nak. Kalau aku tengah jiwa tak tenang, aku rasa macam balasan dari Allah"

instead of that, saya reply,

"Tak tahu la. Takde apa-apa lah. Kenapa korang rasa korang nak kawan dengan aku?"

Yang B jawab,

"Sebab bagi aku, kau dengan Sal tak macam perempuan lain. Korang macam jadi diri korang sendiri. Mana-mana pandai je bawak diri"



*diam*




Rasa nak jawab je,

"Aku tak baik mana pon. Sungguh"

Datang pulak yang A, tanya soalan,

"Kau okay ke? Kau dengan * okay tak?"

Saya jawab,

"Senyum je boleh?"

Masing-masing diam. Senyap. Faham apa saya cuba sampaikan mungkin.

Sungguh.
Kalau korang kenal aku, aku tak baik mana pon.
Silap hari bulan,
korang pon rasa nak tinggalkan aku.

Macam,
dia..
dia..
dia..
dan dia..

Eh, sesape je lah.

Saya tak smoking.
Sungguh.
Tapi lepas lepak Asia Cafe tadi, rasa terpana lak tengok perempuan pakai tudung smoking. Macam trigger for me to smoke pon ada. Haha. Nasib kawan-kawan lelaki saya tak nampak. Kalau tak free maki jugak dapat tuh.

Last sekali, masa da nak sampai Shah Alam,

"Kadang-kadang terasa kan hidup nih macam roda?"

Dua-dua orang da pelik. Entah sampai depan Bintang, nampak something. Masing-masing terkejut. Pandang saya. Saya senyum je. Relax. Bagi cool je. Masing-masing da diam taknak cakap. Tibe-tibe,

"Kau okay tak Farah?"

Saya jawab,

"Okay je. Saya chill je bangg." sambil gelak-gelak.

Masing-masing jawab, "Legaa. Nasib kau okay."

Ye.
Saya okay.
:)


Love,
f

You Might Also Like

4 COMMENTS