omg (ohh mamat gile)

Malam nih saya dan rakan-rakan pergi lah study Foundation kat McDonalds Seksyen 22 sana tuh. Huh, konon nak belajar dengan selesa, tapi meja kat situ melekat-lekat kat lantai lak. (Sungguh tak engineer ayat melekat-lekat kan? Haha) End up nya, saya dan Felix buat report site visit ke Singapore hari tuh, Sal dengan Faris buat report ke IWK.

Huhhh, terasa macam sengal di situ. ;)

Anyway;
sebabkan kami partner yang tangkas lagi efficient (blerghhhh, padahal kau copy & paste je kan Farah?!) report tuh siap cepat la kan. And at the same time, Sal dengan Faris begitu la tah hape dieorang mengadap report tuh lama-lama sampaikan lambat buat. So, saya bukak Facebook and ada la notification from siapa tah. Ohh, that's explains why saya sangat tak suka add orang yang tak kenal.

As saya tengok ada someone wrote something kat my Wall, saya terus cakap kat Afiq,

"Ade orang tulis something kat Wall aku dohh"

"Mane2?" sambil menjadi busy body dengan teruja nya.

Masa tuh saya da malas da nak layan mamat tuh. Bajet da nak remove je komen tuh tapi datang lak idea Brader dengan Afiq untuk melayan budak tuh. So, tengah-tengah bosan kan. Layan kan je la. HEHE. ;)


The conversation. HEHEHE. ;)


Technically, bukan saya la yang mereply semua komen. Afiq duduk sebelah suruh saya taip apa die cakap. Nak terkencing da tergelak-gelak conversation tuh. If you look closer, ada ayat nak tanya tempat candat sotong bagai. Macam haram kan? Masa tuh meja kiteorang punya bantai gelak da macam nak gegar McD tuh. Kiteorang pon tak pasti la kalau budak laki tuh tahu ke tak die kena game kan? Hehe.

Dalam conversation tuh, segala macam bahasa rempit da keluar da. Termasuk jugak bak kata Afiq ayat menggedik melampau, "Borink kew?" ataupun "Iyew kew?". Masa nak menaip tuh da tak tahan da nak terbahak je gelak. Habis da apa yang kiteorang hafal satu buku tuh. *bunyi macam gempak kan? kan? Haha.

Da pukul 3 pagi da ni ha. Nak tunggu Din sampai from Terengganu, lepas tuh baru boleh masuk tidur. Study McDonalds malam nih tak boleh lama-lama. Sebab hari nih aktiviti menghafal. Nanti ada lak semua orang brain freeze kang. ;) Lagipon, Kerol menghafal subject Risk die sampai da serabut muka die tuh ha.

Ohh;
semalam balik rumah dalam keadaan bersih je. Cuda da kemas satu rumah da. Sekali die tanya saya,

"Babe, selipar dalam bakul tuh kenapa tak pakai?"

"Ehh, ada selipar ke? Mana ada selipar la."

"Ada la gile! Tuh mesti selipar kau. Selipar GAP colour merah? Ingat tak?"

Terus macam ada mentol kan kepala, "AAH LA BABE! Terlupa gila!"


Terus semua orang pandang saya dan rasa nak sepak. :) Actually, selipar GAP tuh Kakak yang belanja dulu. Sebabkan saya rasa selipar tuh agak besar, malas la nak pakai kan? Tapi bila da almost setahun dapat selipar tuh and tak pakai, memang harus lah Kakak kata saya derhaka. Haha. Plus, ada satu wedges yang saya beli through online pon saya tak pakai lagi.

Petang tadi terasa macam hati sayu-touching-sensitif bagai kan. Ajak Lea pergi jalan-jalan. Nampak semua kasut cantik, terasa terubat jiwa kacau nih ha. Haha. Damn la. Setiap kali macam nih, mahu nya satu lori kasut gua. ;p

Ohh, nak tengok TV la. Sambil menghafal notes. *Buat-buat rajin.

Have a nice day people! ;)


With love,
f

You Might Also Like

0 COMMENTS