malam menjadi rempit sebentar. hehe

Sejak semalam abang saya pinjam kereta saya untuk uruskan banyak benda since dia baru pindah Semenanjung semula. So, banyak lah kerja yang dia kena settlekan dan perlu menggunakan kereta saya. Part yang tuh saya tak kisah sangat, tapi saya kisah bila saya da susah nak keluar rumah. Huhu. :D

Pergi ke pusat komersial pon dah jalan kaki okayyy? Da mula merasakan kepayahan Lea jalan kaki dari Pusat Komersial untuk memujuk saya. :)

Bangun je tidur petang tadi, saya tengok keliling rumah. Da agak bersepah la kan. So, terus amek penyapu dengan rambut gerbang tuh straight kemas rumah. Susun buku mana yang patut and sapu seluruh rumah. Just baju yang saya baru amek dari rumah Subang je saya tak lipat lagi. Barang-barang pon da terbarai ever since final exam start.

Lepas sembahyang Maghrib, Mak call tanya da makan ke belum. Dengan secara psiko nya, tiba-tiba jadi lapar. Lapar yang sangat pulak tuh. Bukan sikit-sikit tahap lapar. Haha. ;) Saya da start runsing da nak keluar rumah macamana. Camane nak makan semua.

Elok masa tuh tengah message dengan Din. Saya tanya die,

"Twin....... Lu taknak bawak gua makan ke?"

"Gua mane ada kete. Naik motor. Ade bran?"

Straight saya call Ayah saya untuk kali ke-6 buat hari nih. Tension da Ayah nak angkat phone. Angkat-angkat phone terus cakap,

"Kau lagi call? Kau nak apa nih?" Hehehe. Biarkan.

"Ayah, adik nak naik motor dengan Din boleh?"

"Haa? Nak naik motor? Pergi mana?"

"Nak pergi makan lah. Din ada motor. Dia nak bawak adik makan tapi naik motor lah. Boleh eh?"

"Haih, mengada-ngada. Ha, pergi lah kau. Elok-elok sikit perangai."


Hehe. Nak naik motor pon siap telefon Ayah kat Melaka tau. Minta permission. Tapi takpe. Ayah saya da kenal da Din sebab dia pernah datang rumah bagai dengan Sal. So, no hal pon. Kadang-kadang Ayah saya lagi percaya bestfriends saya dari anak dia sendiri. Haha. (Nampak sangat perangai tak pernah semenggah. Hehe)

Naik motor best dan syokkk weh. Masa kecil-kecil je saya naik motor. Da besar nih jarang gila. Susah Mak saya nak lepaskan saya naik motor. Risau je kalau ada apa-apa jadi. Haih, biasalah. Anak berharga nih tau! Korang fikir senang ke nak dapatkan anak macam saya? Haha.

------------------

Baru lepas balik makan dengan Din. Damnnn la. Lajuuuu gila mamat tuh bawak. Rasa macam nak tercabut helmet pon ada gak. Asek pegang helmet je saya nih. Kang kalau apa-apa jadi, kepala masih consider waras kan? :D

Satu benda Din cakap kat saya,

"Ko tau kenapa senang bawak ko nih naik motor?"

"Kenapa pulak?"

"Ko naik motor tak macam perempuan. Main langkah je. Haha."

Damnn lah! Patut mamat-mamat kat kedai makan macam tercengang tengok aku kangkang! Haha. Pergi mati. Haha.

Mungkin aktiviti nih kita boleh teruskan lagi twin? Hari-hari naik motor pon gua takde hal. Lu nak gi pyramid naik motor? Gua on je. Haha. Pasnih gua nak cari outfit rempit lah. Sesuai dengan jiwa gua sket. Haha.

*ohh, conversation gua, lu adalah perkara harian kami. Bukan sebab malam nih aku naik motor okayyy? :P


Later sambung cerita lagi. Nak study jap. Saya da plan da. Start dari malam nih, lepas pukul 12 malam je, taknak la merayau-rayau lagi. Nampak apa-apa benda yang tak patut kang, memang tak best la hari saya jadinya.

Kalau sapa-sapa nak ajak dating, roger awal-awal. Hehe.

So, saya duduk rumah, tengok TV and tulis blog untuk u'olls lagi best. (Sila puke dengan u'olls itu okay? Haha)


Love,
f

You Might Also Like

1 COMMENTS