baru sampai nak balik shah alam balik

Semalam balik Melaka kejap. nak ambil kereta yang BANGAH-DA-PINJAM-TAPI-TAK-RETI-PULANGKAN-BALIK. Hehe. :D Tapi takpe lah. Sebab memang da plan nak balik rumah dari hari tu lagi sebab sangat rindu dengan rumah okayy?

Sampai Melaka around 12.30 tengah malam. Sampai rumah, baring sekejap, cakap telefon lebih kurang, sembahyang Isyak, tegangkan cadar sebelum tidur, naik katil dan terusssssssss tidur. (Kenapa kena bagitau semua aktiviti eh? Duhhh)

Okay.

Pagi nih bangun tidur (seawal 11 pagi. Awal ke?) Mak masak nasi lemak kegemaran. Damnnnn. Sedap gila! Siap tambah lagi okay. Lepas makan sambil lepak-lepak tengok Mak iron baju, Ayah datang.

"Kau kata kau punya tayar hari tuh brand Continental?"

"Kenapa?"

"Ituuu bukan Continental!" sambil suara nak marah da kedengaran.

"Ehhhh, Ayah jangan nak marah eh. Adik tak tipu. Adik tengok pelekat tuh sendiri. Die cakap company baru under Continental". Serius weh. Aku tak tipu Ayah aku tau!

"Ohh, kalau macam tuh takpe lah. Ingat kau kena tipu."

Sekaliiii datang pula Bangah, dia cakap,

"Alaa yah, adik mock up lebih. Dia cakap lah nanti dia takde duit. Dia tipu. Dia tipu"

Kecikkkk je pandang mamat tuh sambil tergelak-gelak. Huh!

Tengah tunggu Mak dengan Ayah balik dari kenduri kahwin. Lepas tuh baru lah saya balik Shah Alam. Tiba-tiba rasa cuak tak study Environment da sampai. Mati lah kalau tak lepas paper Environment tuh. Tu je lah harapan nak dapat A.

Okay lah. Will update later. See ya!


Love,
f

You Might Also Like

2 COMMENTS