Ayah saya : 4

Hari nih kepala serius sakit macam nak pecah. Rasa stress gila kat bahagian tengkuk. Bayangkan lah da makan 4 biji panadol pon tak jalan jugak. Tidur je dalam bilik sebab rasa macam tak larat nak angkat.


Petang tuh, Ayah balik rumah bawak pergi klinik. Doktor cakap takde apa-apa dan tanya la kot kot I am in the middle of problems or something. Maybe jadi macam tuh sebab dalam keadaan stress. Blood pressure check everything okay tapi doctor advise suruh makan banyak buah-buahan. So, lepas Mak balik dari kerja, Mak bawak la pergi urut kejap.

Serius, lepas urut badan rasa ringan gila. Kakak urut tuh pon cakap,

"Aliaa stress sangat ke nak exam? Nih semua stress je akak rasa nih."

Wahhh, macam aku nih rule kan satu negara lak stress nya kan? Haha. :)

Dekat 2 jam juga la urut tuh dan masa tuh Ayah tunggu dalam kereta. Hangin lah kan. Dengan nyamuk bagai semua. Silap-silap Ayah lak yang stress. Masa lepas keluar dari kedai urut tuh, Ayah tengah bual-bual dengan sorang laki nih.

"Sape tuh ayah?"

"Husband kakak yang urut kau tuh la. Yang kau nih sakit kepala sampai urut dekat 2 jam nih kenapa? Aku da kena gigit nyamuk da nih. Habis kulit gebu aku."

"Huh, gebu la sangat. Husband kakak tuh kawan Ayah ke?"

"Kawan aku la kalau aku da borak beriya tuh. Kau tanya nih kenapa?"

"Ohh, kakak tuh kawen dengan laki lagi tua eh? Ke pakcik tuh muda lagi?"

"Huish, muda lagi la die. Lebih kurang macam Kak Ju je tuuhh."

"YEKE?? Huiyoo, gila la. Ayah nampak lagi muda siott dari die. Hensem gila Ayah".

"Ahhh, kau tak payah nak jet aku. Kau fikir kau dapat apa-apa puji aku?? Aku da perut lapar tunggu kau nih, tak payah nak puji2"

"Ecececececehh. Malu la tuhhhh. Blushing la tuhhh"

"Ahhh, diam lah kau".


HAHAHA! Tibe-tibe nak segan orang cakap dia muda kenapa kan?
Bajet da muda masa zaman Nash gemilang dulu la tuh. Hahaha.

:))

Malam nih masa saya tengah nak tengok TV, Ayah saya tanya,

"Kau balik Shah Alam bila?"

"Esok la"

"Ehh, da balik da?"

"Ye la. Nak exam da kan? Nape? Rindu la tuh anak yang comel takde"

"Ahh, suka hati kau je nak kata kau comel."


Jeles la tuh.

:)

He's the best.
*smile*


Love,
f

You Might Also Like

1 COMMENTS